9 maut makan daging penyu

Oleh – Syeikh Baran


9 maut makan daging penyu
Pulau Pemba, Tanzania. – Guardian

Lapan kanak-kanak dan seorang dewasa maut selepas memakan daging penyu di Pulau Pemba, Kepulauan Zanzibar, lapor akhbar The Guardian semalam.

Menurut pihak berkuasa tempatan, 78 yang lain dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.



Daging penyu dianggap sebagai makanan eksotik di Zanzibar, namun jika ia dimakan selalu, boleh menyebabkan kematian akibat chelonitoxism iaitu sejenis keracunan makanan.

Pegawai perubatan daerah Mkoani, Dr. Bakari berkata, mangsa dewasa yang maut merupakan ibu kepada salah seorang kanak-kanak yang turut mati akibat chelonitoxism.

Bakari turut memberitahu agensi berita Associated Press bahawa ujian makmal telah mengesahkan semua mangsa makan daging penyu pada Selasa lalu. 

Pihak berkuasa di Zanzibar, yang merupakan wilayah separa autonomi di negara Afrika Timur Tanzania itu menghantar pasukan pengurusan bencana bagi menggesa orang ramai agar mengelak daripada makan daging penyu. 



Pada November 2021, tujuh orang termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, meninggal dunia di Pemba selepas makan daging penyu, manakala tiga yang lain dimasukkan ke hospital. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button