Sakit jantung ajar anak buat latihan matematik

Oleh – Syeikhb Baran


Sakit jantung ajar anak buat latihan matematik
Kisah ibu bapa yang mengalami strok dan serangan jantung semasa membantu anak-anak mereka melakukan kerja rumah seolah-olah menjadi perkara biasa di China. – Shutterstock

Sebilangan ibu bapa di China dilaporkan mengalami serangan jantung dan strok ketika membantu anak-anak mereka melakukan kerja rumah, terutamanya dalam subjek matematik, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Seorang ibu kepada dua anak yang dikenali sebagai Dong, 40, berkata, dia didiagnosis dengan pendarahan subarachnoid spontan, iaitu strok kecil yang berkemungkinan besar disebabkan oleh tekanan jangka panjang berterusan. 



Dong dilaporkan mengalami sakit kepala dan muntah-muntah selepas membantu kerja rumah matematik anaknya.

Dia kemudian dikejarkan ke hospital selepas keadaannya tidak bertambah baik setelah berbaring selama beberapa jam.

Pada 13 Januari lalu, seorang wanita berusia 37 tahun dari Lianyungang, mengalami tekanan darah tinggi selepas anaknya gagal memahami subjek matematik yang diajar.

Meskipun menerangkan berulang kali, anak mangsa masih tidak memahami subjek tersebut, menyebabkan wanita berkenaan berasa sakit dada dan sukar bernafas.



Kisah ibu bapa yang mengalami strok dan serangan jantung semasa membantu anak-anak mereka melakukan kerja rumah seolah-olah menjadi perkara biasa di China.

Pakar kesihatan menjelaskan bahawa wanita lebih cenderung mengalami masalah kesihatan seperti itu kerana mereka berada dalam tekanan dan kegelisahan yang berterusan dengan kerja pejabat, kerja di rumah serta tekanan daripada pasangan. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading