Pusat hiburan di Bekasi ditutup sepanjang Ramadan

Oleh – Syeikh Baran


Pusat hiburan di Bekasi ditutup sepanjang Ramadan
Pusat karaoke di Bekasi diarah tutup sempena bulan Ramadan. – Istimewa

Semua pusat hiburan termasuk kelab malam dan karaoke di Kota Bekasi, wilayah Jawa Barat diarah tutup dan dilarang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini, lapor laman berita Detik semalam.

Menurut pengumuman yang dikeluarkan, kelab malam, rumah urut, pusat karaoke, konsert, pub, pusat snuker, sauna atau spa dan pusat hiburan malam lain yang boleh mengganggu serta membatalkan ibadah puasa, ditutup tiga hari sebelum Ramadan sehingga tiga hari selepas perayaan Aidilfitri. 



“Arahan ini dikeluarkan  bertujuan meraikan bulan mulia dan telah ditandatangani oleh Datuk Bandar Bekasi, Gani Muhamad dan Ketua Polis Metro Bekasi, Dani Hamdani. 

“Penduduk digalakkan mengimarahkan bulan mulia ini dengan pelbagai aktiviti yang positif dan baik serta menjauhkan diri daripada perkara yang boleh mengurangkan pahala dan nilai ibadah puasa,” kata pengumuman tersebut.

Di samping itu, penduduk yang tidak berpuasa turut diminta menghormati orang yang berpuasa dan mengekalkan toleransi antara masyarakat pada bulan Ramadan. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button