Meninggal dunia dalam pesawat selepas tunai umrah

Oleh – Syeikh Baran


Meninggal dunia dalam pesawat selepas tunai umrah
Penumpang turun dari pesawat Emirates airlines pada 2013. – Ali Haider / EPA

Sebuah pesawat terpaksa mendarat cemas di Lapangan Terbang Chennai, India selepas seorang wanita warga Malaysia meninggal dunia semasa dalam penerbangan. 

Akhbar DT Next melaporkan hari ini bahawa kejadian berlaku di dalam sebuah pesawat milik penerbangan Emirates Airlines yang melakukan perjalanan dari Dubai menuju ke Kuala Lumpur pagi semalam.



Ketika pesawat membawa seramai 268 penumpang itu berada di ruang udara, seorang penumpang wanita berusia 57 tahun mengalami sakit dada serius teruk dan tidak sedarkan diri di tempat duduknya.

Memandangkan lapangan terbang Chennai adalah lokasi pendaratan paling dekat, juruterbang kemudian meminta kebenaran Kawalan Trafik Udara (ATC) untuk melakukan pendaratan.

Selepas selamat mendarat, pasukan perubatan yang bergegas masuk ke dalam pesawat mendapati mangsa meninggal dunia, dipercayai akibat serangan jantung.

Jenazah kemudian dihantar ke Hospital Kerajaan Chromepet untuk bedah siasat.



Pegawai tempatan telah memaklumkan kes itu kepada kedutaan Malaysia dan jenazah akan dibawa ke Malaysia tidak lama lagi.

Wanita itu dilaporkan dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas menunaikan umrah. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button