Beregu negara terlepas gelaran Terbuka Hong Kong

Beregu negara terlepas gelaran Terbuka Hong Kong

Beregu negara terlepas gelaran Terbuka Hong Kong
PEARLY dan Thinaah terus gagal dalam misi mereka meraih kejuaraan pertama tahun ini selepas tewas pada aksi final di Terbuka Hong Kong semalam.

HASRAT beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah untuk merangkul kejuaraan sulung musim ini tidak terlaksana apabila tewas kepada wakil Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti pada perlawanan akhir Terbuka Hong Kong semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Hong Kong Coliseum itu, Pearly-Thinaah dipaksa bekerja keras sebelum akur tewas menerusi aksi tiga set 21-14, 22-24, 9-21 dalam tempoh 1 jam 13 minit.

Pearly-Thinaah pada awalnya dilihat berpeluang untuk merangkul gelaran juara selepas menang di set pertama, namun kebangkitan ditampilkan Apriyani-Siti Fadia di set kedua berjaya mengheret perlawanan ke set penentuan.



Ketika ketinggalan 6-18 di set ketiga, situasi tambah parah buat beregu negara apabila Pearly mengalami kecederaan sehingga menyebabkan pergerakannya terbatas sebelum Indonesia memuktamadkan kemenangan 21-9.

Selaku juara, Apriyani-Siti Fadia membawa pulang hadiah wang tunai AS$33,180 (RM155,415) berserta trofi kemenangan manakala Pearly-Thinaah berpuas hati dengan AS$15,960 (RM74,756) dan trofi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terbukti Muhyiddin tidak layak jadi Penasihat ‘SG4’




Kekalahan itu menyaksikan Pearly-Thinaah perlu menanti lebih lama untuk menamatkan kemarau kejuaraan musim ini selepas aksi final pada Malaysia Masters Mei lalu turut menyaksikan mereka muncul naib juara.

Untuk rekod, beregu yang berada pada ranking ke-10 dunia itu sudah memiliki dua gelaran Jelajah Dunia dalam karier mereka setakat ini apabila pernah memenangi Terbuka Switzerland pada 2021 serta Terbuka Perancis Oktober tahun lalu.

Selepas ini, Pearly-Thinaah yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 akan menggalas cabaran negara pada temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China yang membuka tirainya 23 September ini.

Beregu negara terlepas gelaran Terbuka Hong Kong


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button