Piala Malaysia: TFC puas raih bekalan dua gol

Piala Malaysia: TFC puas raih bekalan dua gol

TFC meraih bekalan agak selesa apabila mencatat kemenangan 2-0 ketika menewaskan Selangor pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia kelmarin.

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner merasakan skuad kendaliannya sepatutnya meraih kemenangan lebih selesa sewaktu mengatasi Selangor 2-0 pada aksi pertama suku akhir Piala Malaysia kelmarin.

Jurulatih kelahiran Croatia itu berkata, skuad Sang Penyu memiliki sekurang-kurangnya lima peluang keemasan boleh membunuh semangat Selangor lebih awal pada babak pertama tetapi disia-siakan.

“Kami beraksi cemerlang berbanding Selangor dengan peluang menjaringkan lebih gol menerusi (Ivan) Mamut, Engku Nur Shakir (Engku Yacob) dan Norhakim (Hassan) gagal disudahkan.



“Tiada yang mustahil dalam bola sepak walaupun kami dibayangi kekalahan 1-5 (dengan Selangor) dalam saingan liga di awal musim, namun persembahan anak buah saya jauh lebih baik kali ini,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Dalam aksi itu, TFC membuka tirai jaringan di hujung babak pertama melalui sepakan penalti penyerang, Ivan Mamut selepas Nurillo Tukhtasinov dibentes pemain Selangor, Quentin Cheng.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terbukti Muhyiddin tidak layak jadi Penasihat ‘SG4’



Muhamad Syahmi Zamri kemudiannya mencipta nama selaku penjaring apabila melepasi kawalan Sharul Nazeem Zulpakar untuk menanduk umpanan Nik Sharif Haseefy Mohd. Lazim dalam masa kecederaan.

Steinbruckner turut berbangga skuad kendaliannya berjaya membawa bekalan dua gol di gelanggang lawan walaupun sebelum ini rata-ratanya penganalisis bola sepak lebih memihak Selangor sebagai pasukah pilihan.

“Begitupun, bekalan dua gol ini belum selamat namun saya optimis anak buah saya mampu mempertahankan kelebihan ini pada saingan timbal balik di tempat lawan pada minggu depan.

“Kita berjaya mengatasi isu kecergasan yang menyaksikan beberapa pemain tonggak seperti Sardor Kulmatov dan Adisak Kraisorn terpaksa disisihkan dalam kesebelasan utama,” katanya.



Piala Malaysia: TFC puas raih bekalan dua gol


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading