EPL: ‘Resipi’ baharu Manchester United belum menjadi

EPL: ‘Resipi’ baharu Manchester United belum menjadi

EPL: ‘Resipi’ baharu Manchester United belum menjadi
UNITED tewas menentang Brighton di tempat sendiri sekali gus menjadi kekalahan ketiga daripada lima aksi mereka musim ini. – AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Erik Ten Hag mendakwa punca kekalahan skuad bimbanganya itu ketika menentang Brighton kelmarin berpunca daripada kegagalan para pemainnya mengadaptasi corak permainan baharu yang diterapkan.

Pada aksi di Old Trafford itu, United mencatat kekalahan 1-3 sekali gus tewas dua perlawanan berturut-turut apabila sebelum ini tewas ketika menentang Arsenal sebelum saingan berehat untuk aksi antarabangsa.

Kebiasaannya, Ten Hag tidak akan berkompromi dengan corak permainan berlian di bahagian tengah, namun telah mengubah formasi menjadi 4-2-3-1 yang dilihat agak menjadi sebelum Brighton menjaringkan gol pembukaan menerusi Danny Welbeck.



“Sudah pasti gaya permainan baharu itu menjadi, untuk 20 minit pertama ia berjalan dengan baik dan sudah pasti kami akan terus menggunakan corak tersebut kerana kami berjaya mendapatkan banyak peluang.

“Kami perlu melakukan banyak lagi penambahabaikan terutama dalam penyususan gerakan dan permainan, tetapi malangnya hari ini bukan hari kami. Mereka mendapat gol kedua selepas babak kedua bermula, hanya dua peluang, tetapi disempurnakan mereka.

“Para pemain masih dalam proses menyesuaikan diri, kami tidak berdepan mereka dengan cara terbaik, namun kami perlu terus bersikap positif untuk kembali memberikan aksi sebenar pada perlawanan seterusnya.

“Anda belajar banyak perkara melalui aksi seperti ini. Dari aspek mental, kami perlu lebih kuat cuma saya melihat perkara yang positif adalah kemampuan kamu mencipta peluang, tetapi gagal disudahkan dan sudah pasti ia akan berubah,” jelasnya. – AGENSI



EPL: ‘Resipi’ baharu Manchester United belum menjadi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading