Anak kirim hadiah, mak ayah kelu perancang kejutan terbangkan belon dengan wang

ada rezeki lain dapat RM2,500

Anak kirim hadiah, mak ayah kelu perancang kejutan terbangkan belon dengan wang

Anak kirim hadiah, mak ayah kelu perancang kejutan terbangkan belon dengan wang
Ibu bapa pelanggan Kak Bie yang tetap tenang walaupun terkena prank.

ADA pelbagai cara kita boleh lakukan untuk membahagiakan ibu bapa.

Nurul Aqilah, 30, seorang perancang kejutan yang juga dikenali sebagai Kak Bie lega dapat memenuhi permintaan membuat ‘surprise’ hari jadi ibu bapa pelanggannya yang berada di Kuala Lipis, Pahang.

“Anak-anak dia tinggal berjauhan dan sudah berkeluarga, rancang nak tengok reaksi mak ayahnya yang berada di kampung.





“Masa mula-mula anak dia WhatsApp, banyak kali juga fikir nak buat kejutan ini atau tak, risau kalau tak dapat buat seperti yang diminta.

“Takut juga nanti tak pasal-pasal kena marah dengan mak ayah dia. Tapi saya layankan sahaja permintaannya, sebab dia pun dah biasa buat pesanan dengan saya, dalam tiga hingga empat kali sebelum ini,” katanya ketika dihubungi

Menurut Kak Bie, pasangan suami isteri yang ‘disasarkan’, Abdul Wahab dan Jamilah sudah dapat mengagak yang mereka akan menerima hadiah apabila melihat dirinya muncul membawa belon yang disertakan dengan sejumlah wang kertas.

Anak kirim hadiah, mak ayah kelu perancang kejutan terbangkan belon dengan wang
Tangkap layar perbualan Kak Bie dan anak kepada pasangan suami isteri tersebut.

Bagaimanapun belon itu terlepas ke udara sebelum sempat diserahkan kepada ‘sasaran’.“Ayahnya nampak gembira sahaja apabila belon terbang, katanya cantik sebab tak nampak ada duit dekat dalam.



Banyak kali juga fikir nak buat kejutan ini atau tak, risau kalau tak dapat buat seperti yang diminta.

KAK BIE

“Yang mak pula terdiam, nampak kecewa duit hadiah dia melayang,” ujarnya.

Walaupun duit yang terbang adalah palsu, Kak Bie tetap menunjukkan rasa serba salah dan meyakinkan mereka bahawa dia akan membayar semula wang tersebut.

Anak kirim hadiah, mak ayah kelu perancang kejutan terbangkan belon dengan wang
Abdul Wahab dan Jamilah mendapat kejutan hari jadi yang dirancang anak-anaknya.

Namun begitu, pasangan suami isteri itu kelihatan tidak marah dan juga menolak tawaran Kak Bie untuk menggantikan duit yang telah terbang.

Kemudian, perancang kejutan tersebut berpura-pura untuk mengambil duit dari dalam kereta, dan membawa keluar hadiah sebenar iaitu sejambak wang tunai bernilai RM2,500.



Kak Bie merupakan seorang perancang kejutan yang telah melakukan bisnes selama 5 tahun dan kini bersyukur mendapat pelanggan untuk membuat kejutan hampir setiap hari.

“Saya tak jangka pun video tersebut tiba-tiba raih 1 juta tontonan di TikTok, saja nak acah-acah gimik muat naik video separuh,” katanya tentang video yang dimuat naik melalui akaun TikTok @minahlepat.

Keunikan Zahid sebagai Presiden UMNO.



Anak kirim hadiah, mak ayah kelu perancang kejutan terbangkan belon dengan wang

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button