Ogy Ahmad Daud kongsi pengalaman buat babak tarik rambut
Insiden ‘cekik’ boleh elak kalau tahu teknik lakonan
KECEDERAAN ketika melakukan aksi lasak dapat dielakkan sekiranya seseorang pelakon tersebut tahu tentang teknik lakonan sebelum memasuki set penggambaran.
Pelakon veteran, Fauziah Ahmad Daud memberitahu setiap babak terutamanya melibatkan aksi lasak dengan sentuhan fizikal perlu dilakukan dengan teknik yang betul dan disebabkan itu asas lakonan sangat mustahak.
“Saya tidak tahu apa yang terjadi, tetapi bagi seorang pelakon lama saya rasa kita sebagai pelakon harus tahu teknik lakonan.
Ia sebagai respon susulan isu hangat melibatkan dua pelakon iaitu Fezrul Khan yang dikatakan mencekik rakan gandingannya iaitu aktres Reen Rahim sewaktu menjalani penggambaran sebuah filem.
Reen mendakwa Fezrul tidak mengaku dia melakukan kekasaran terhadapnya namun aktor itu pula membidas kenyataan tersebut dan menegaskan apa dilakukan demi memastikan babak tersebut kelihatan real.
Dalam pada itu, Ogy tidak menafikan sebagai pelakon mereka juga manusia biasa yang akan membuat kesilapan meskipun sudah dilatih dengan teknik lakonan.
Bagi seorang pelakon lama, saya rasa kita sebagai pelakon harus tahu teknik lakonan.
OGY AHMAD DAUD
PELAKON
Kata Ogy, perkara itu sepatutnya perlu ada perbincangan di antara pelakon dan pengarah sebelum memulakan penggambaran bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.
“Setiap orang pasti akan melakukan kesilapan. Pada saya, kenapa tidak melakukan perbincangan (jika tiada) sebelum adegan itu dilakukan.
“Sebaik-baiknya, pelakon perlu berbincang bagaimana babak itu akan dilakukan… ia sebenarnya cara terbaik,” katanya.
Berkongsi pengalaman sendiri, Ogy berkata, dia sendiri pernah melakonkan babak adegan menarik rambut sehinggakan ramai percaya ia benar-benar berlaku.
Kata Ogy, seorang pelakon tidak perlu berlebihan untuk memastikan sesuatu babak kelihatan real, sebaliknya hanya perlu menggunakan teknik yang tepat.
“Ketika berlakon dalam teater Bawang Putih Bawang Merah ada adegan tarik rambut dan saya ajar teknik itu kepada pelakon supaya ia nampak betul tetapi tidak menyakitkan mana-mana pihak.
“Nak bagi nampak real ada cara yang tepat selain kita kena tahu siapa feeder dan siapa killer,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Ogy selaku Premier Volunteer Yayasan Ammirul Ummah (YAU) melancarkan Program Wakaf 10,000 naskhah al-Quran bagi mempertingkatkan pembangunan Islamiah di rantau Asia Tenggara.
Kesemua 10,000 naskhah al-Quran berserta terjemahan itu akan diwakafkan ke Jawa Barat, Indonesia.
“Saya seru agar lebih ramai individu yang akan menyertai program wakaf ini bagi menjayakan misi sasaran kutipan yang akan disumbangkan pada Disember ini.
“Ia sekali gus menggenapkan jumlah 50,000 naskhah yang diwakafkan kepada pelbagai pihak bagi tahun ini,” katanya.
Ogy Ahmad Daud kongsi pengalaman buat babak tarik rambut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhyiddin Cabar Anwar Buktikan Ada Majoriti Sokongan Ahli Parlimen
- Kenapa Allah SWT Kurniakan PAS Kemenangan Tanpa Kuasa?
- Ismail Sabri Mesti Jawab Isu Audio Syed Fazmi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :