Penerbangan pesawat SIA dilencong ke Frankfurt akibat isu tekanan kabin
Penerbangan pesawat SIA dilencong ke Frankfurt akibat isu tekanan kabin
SINGAPURA: Penerbangan Singapore Airlines (SIA) menuju ke Singapura dari Lapangan Terbang Heathrow London dilencongkan ke Frankfurt, Jerman selepas isu berkaitan tekanan kabin dikesan.
Menurut SIA dalam satu kenyataan, insiden tersebut melibatkan penerbangan SQ317, pesawat Airbus A380 yang membawa 379 penumpang dan 27 anak kapal.
“Para juruterbang memutuskan untuk melencong ke Frankfurt sebagai langkah berjaga-jaga selepas mengesan isu tekanan kabin,” kata jurucakap syarikat penerbangan itu.
Jelas SIA, walaupun terdapat isu teknikal selepas berlepas, tiada topeng oksigen digunakan semasa penerbangan, kata SIA.
Penjejak penerbangan FlightRadar24 menunjukkan penerbangan itu berlepas dari Heathrow pada kira-kira 11.20 pagi waktu London dan dijadualkan tiba di Singapura pada 7.50 pagi Jumaat.
Syarikat penerbangan itu memberitahu penerbangan tersebbut mendarat dengan lancar di Lapangan Terbang Frankfurt pada kira-kira jam 2 petang waktu tempatan dengan semua penumpang dan anak kapal berada dalam keadaan selamat.
Pesawat itu kemudiannya digantung untuk pembaikan, dan pelanggan yang terjejas telah dibantu dengan penginapan hotel dan makanan.-AGENSI
Penerbangan pesawat SIA dilencong ke Frankfurt akibat isu tekanan kabin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhyiddin Cabar Anwar Buktikan Ada Majoriti Sokongan Ahli Parlimen
- Kenapa Allah SWT Kurniakan PAS Kemenangan Tanpa Kuasa?
- Ismail Sabri Mesti Jawab Isu Audio Syed Fazmi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :