Neelofa – Salah Sangkaan Orang Yang Kata Saya Sengaja Cipta Viral Untuk Raih Perhatian
Neelofa – Salah Sangkaan Orang Yang Kata Saya Sengaja Cipta Viral Untuk Raih Perhatian
Meskipun sering menjadi target netizen di media sosial namun pelakon dan usahawan Neelofa berpegang dengan pendirian untuk tidak membaca komen negatif.Nafi sengaja cipta viral
Memetik temu bual dengan Ria X In Person, Neelofa menyatakan dia enggan ambil tahu dan dibelenggu dengan perkara negatif. Kata Neelofa, 33, dia akan menghargai teguran itu sekiranya perlu dibaiki serta menuju ke arah kebaikan.
Saya bukan jenis baca komen. Kalau baca benda negatif, ia akan mengganggu. Jadi lebih baik saya tak ambil tahu. Kadang-kadang, kalau staf saya hantar dekat group (WhatsApp), saya tanya apa motif hantar dekat saya.
Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor turut menyangkal dakwaan segelintir pihak yang beranggapan dia sengaja mencipta isu viral untuk menarik perhatian orang ramai.
Kalau lah viral itu saya boleh cipta (ketawa). Tak ada, sebenarnya salah sangkaan orang yang kata saya buat secara sengaja. Viral itu datang sendiri dan kadang-kadang tanpa disangka.
Kebanyakan viral benda yang tidak baik. Kalau perkara baik, payah sangat nak viral. Sebenarnya bila buat benda baik, kita nak kebaikan itu dikongsikan atau dapat memberi inspirasi kepada ramai orang.
Perbaiki diri dulu
Dalam pada itu, bekas hos program MeleTOP mengakui masih belum sempurna dalam soal pemakaian selain sedang berusaha menuju ke jalan baik.
Kalau nak fikir setiap kata orang, memang tak buat kerja la. Macam mana sekalipun pakaian seseorang itu terutama individu yang cuba jadi lebih baik, kita sambut dengan baik. Jangan cuba patahkan semangat mereka.
Contohnya bukan cakap pasal saya. Dia dah bertudung labuh, pakai handsock dan stokin tetapi kita cakap baju masih ketat, berkawan dengan orang macam ini.
Sepatutnya kita sambut dulu benda baik yang dia buat. Sama juga dengan orang lain pandang saya. Saya tak sempurna, masih banyak benda saya nak kena buat.
Sekurang-kurangnya usaha saya untuk memakai pakaian lebih baik, itu boleh membantu untuk sentiasa direct dan kekalkan saya on track. Sebelum nak tunding jari nak suruh orang buat itu ini, kita tengok diri dan perbaiki dulu.
Pada tahun 2020, Neelofa membuat keputusan untuk berniqab dalam usaha untuk memperbaiki keperibadiannya dalam menghadapi hari-hari mendatang.
Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz atau Haris Mohd Ismail pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Sumber: Youtube Astro Gempak
Tiga Beradik Sengaja Bakar Rumah Nak Bunuh Ibu Kandung [VIDEO]
Neelofa – Salah Sangkaan Orang Yang Kata Saya Sengaja Cipta Viral Untuk Raih Perhatian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhyiddin Cabar Anwar Buktikan Ada Majoriti Sokongan Ahli Parlimen
- Kenapa Allah SWT Kurniakan PAS Kemenangan Tanpa Kuasa?
- Ismail Sabri Mesti Jawab Isu Audio Syed Fazmi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :