Trauma mangsa gempa Cianjur terubat dapat tonton perlawanan Piala Dunia

Trauma mangsa gempa Cianjur terubat dapat tonton perlawanan Piala Dunia

Trauma mangsa gempa Cianjur terubat dapat tonton perlawanan Piala Dunia

CIANJUR: Sejumlah penduduk yang terjejas akibat gempa bumi di Desa Gasol, Cianjur kini boleh tersenyum apabila mereka diberikan kemudahan televisyen di pusat pemindahan sementara bagi mengisi masa lapang.

Gempa bumi yang berlaku pada minggu lalu menyaksikan banyak rumah musnah dan runtuh, termasuk harta benda milik penduduk menyebabkan mereka tinggal ‘sehelai sepinggang’.

Bagi Ejot, 40, kemudahan televisyen itu sedikit sebanyak dapat membantunya menghilangkan trauma akibat gempa tersebut.



“Sudah tentu kami seronok dapat tonton televisyen dan lebih menarik, menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia.

“Piala Dunia perlawanan besar, maka kami boleh menonton pasukan kegemaran masing-masing beraksi,” katanya.

Selain itu, bagi Nurjanah, televisyen itu dapat memberinya peluang menyaksikan sinetron kegemarannya.

“Memang pada mulanya saya sudah tidak terfikir mengenai sinetron akibat bencana yang berlaku.



“Namun, apa salahnya beri ruang dan masa kepada diri untuk berhibur dengan menonton televisyen, bencana sudah pun berlaku,” ujarnya.

Gempa bumi itu setakat ini sudah meragut lebih 300 nyawa dengan ramai lagi hilang.

Gempa susulan di Cianjur berterusan empat hari lagi



Trauma mangsa gempa Cianjur terubat dapat tonton perlawanan Piala Dunia

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Keunikan Zahid sebagai Presiden UMNO.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button