Qistina Raisah Nafi Jalin Hubungan Istimewa Dengan Lelaki 21 Tahun
Qistina Raisah Nafi Jalin Hubungan Istimewa Dengan Lelaki 21 Tahun
Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila pelakon muda, Qistina Raisah dipercayai menjalinkan hubungan mesra dengan lelaki yang dianggap ‘tua’ untuknya yang hanya berusia 14 tahun itu.
Walau bagaimanapun, Qistina menganggap perkara ianya perkara biasa dan netizen bersikap ‘over’ tentang hubungannya dengan lelaki tersebut.
‘Mak saya okay je’
@ryanbakery
Menerusi temubual bersama wartawan rancangan Melodi, Qistina enggan mengakui hubungannya dengan lelaki itu dan hanya melabelkan hubungan mereka sekadar ‘kawan’.
Perkara ini biasa je tau. Cuma orang nampak benda tu sebab saya 14 tahun dan dia (lelaki tersebut) 21 tahun.
Netizen ni sibuk je, mak saya okay je tau. Benda tak ada apa pun.
Pelakon 14 tahun itu sempat berkongsi bahawa ibunya juga mula menjalinkan hubungan ketika seusianya dan mempunyai jarak umur yang jauh iaitu tujuh tahun. Oleh kerana itu, Qistina tidak merasakan hal ini satu isu buatnya.
Sementara itu, ibu kepada Qistina turut menyatakan bahawa dia tidak kisah dengan komen negatif ataupun positif daripada netizen.
Apa pun orang nilai tentang gambar tu, saya dengan Qis happy je.
Sumber: Tiktok @melodiberapi
Qistina Raisah Nafi Jalin Hubungan Istimewa Dengan Lelaki 21 Tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhyiddin Cabar Anwar Buktikan Ada Majoriti Sokongan Ahli Parlimen
- Kenapa Allah SWT Kurniakan PAS Kemenangan Tanpa Kuasa?
- Ismail Sabri Mesti Jawab Isu Audio Syed Fazmi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :