Emma terima anugerah MBE

London: Pemain tenis Britain, Emma Raducanu menerima anugerah Member of the Order of the British Empire (MBE), setahun selepas menggemparkan dunia apabila muncul pemain kelayakan pertama memenangi Grand Slam.

Emma yang ketika itu berusia 18 tahun melonjakkan kariernya ke tahap baharu apabila memenangi 10 perlawanan tanpa kehilangan satu set untuk merebut gelaran Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Dia menewaskan pemain Kanada, Leylah Fernandez pada aksi final.



“Amat bermakna untuk menerima penghormatan ini daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja. Saya berasa amat berterima kasih,” katanya dalam satu kenyataan kepada media selepas menerima MBE daripada Raja Charles pada satu majlis pertabalan di Istana Windsor.

Tahun penuh pertamanya dalam siri Jelajah diganggu dengan kecederaan dan penyudah yang mengecewakan.

Dia kini menduduki ranking ke-75 dunia.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button