MCA Dan MIC Akan Tinggalkan BN

MCA Dan MIC Akan Tinggalkan BN

MCA Dan MIC Akan Tinggalkan BN

Khabar angin bertiup kencang kononnya parti komponen BN, MCA dan MIC sudah nekad akan meninggalkan BN.

Dari maklumat yang penulis terima, kali ini dikatakan bukan lagi cubaan, tetapi betul-betul.



Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/11/22/fikir-masak-masak-elaklah-pas-warganet-beritahu-mca-mic/

Untuk rekod, ketika BN kalah kali pertama dalam PRU 14 dalam tahun 2018, MCA dan MIC pernah ‘acah-acah’ untuk keluar dari BN.

Mereka meletakkan kesalahan sepenuhnya akibat dari kekalahan BN dalam PRU 14 itu.



Tetapi ianya ternyata hanyalah sebagai cubaan dan bukan betul-betul…😂😂😂

Baca di sini:

https://www.airtimes.my/2018/05/15/mca-mic-kekal-bersama-barisan-nasional/

UMNO bersikap terbuka.



Sama ada MCA dan MIC mahu terus bersama BN atau tidak, UMNO akan menerima keputusan mereka dengan berlapang dada.

Apa lagi sejak keputusan PRU 14, kehadiran MCA dan MIC dalam BN adalah ibarat melukut di tepi gantang, ada tidak menambah dan tiada tidak meluakkan.

Dalam PRU 14, MCA hanya memenangi 1 kerusi parlimen dan MIC hanya memenangi 2 kerusi parlimen.

Dan dalam PRU 15, MCA hanya mampu memenangi 2 kerusi parlimen dan MIC hanya mampu memenangi 1 kerusi parlimen.



Dan ketiga-tiga kerusi parlimen yang dimenangi itu adalah atas ihsan UMNO kerana majoriti pengundinya adalah Melayu.

Angka 3 kerusi parlimen dari MCA dan MIC dilihat sinonim dengan MCA dan MIC, dulu, kini dan selamanya.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/11/24/takut-kepada-dap-menyebabkan-mca-dan-mic-bersikap-biadab/



MCA dan MIC juga terbukti telah gagal mendapat keyakinan dari pengundi Cina dan India.

MCA Dan MIC Akan Tinggalkan BN

Dari infografik di atas, MCA hanya mampu mendapat 5% sokongan pengundi dari bangsa Cina dan MIC pula hanya mampu mendapat 16% sokongan pengundi India.

Mungkin selepas menyertai PN, dengan sokongan PAS, MCA mampu melonjakkan sokongan pengundi Cina dari 5% kepada 95%.



Dan MIC pula boleh melonjakkan sokongan pengundi India dari 16% kepada 160%…😜😜😜

 

MCA Dan MIC Akan Tinggalkan BN

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button