Di Mana Suara Onn Hafiz Ketika TMJ Di Fitnah!!!

Di Mana Suara Onn Hafiz Ketika TMJ Di Fitnah!!!

Isu rakaman audio antara mantan ahli parlimen Jempol, Salim Sharif dengan Setiausaha Politik Ismail Sabri, Syed Fazmi, terus menimbulkan keresahan.

Akar umbi UMNO, khususnya penyokong DS Najib semakin mendesak supaya Ismail Sabri tampil memberikan penjelasan mengenai isu tersebut.



Mana mungkin Ismail Sabri tidak tahu setiausaha politik beliau terlibat dalam konspirasi untuk memenjarakan DS Najib.

Akar umbi UMNO mahu Ismail Sabri memberikan penjelasan apakah beliau juga turut terlibat atau beliau sendiri yang mengarahkan konspirasi tersebut.

Lebih mengejutkan lagi apabila Salim menyatakan ada campurtangan Tengku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail dalam PRN Johor.

Tuduhan yang dibuat oleh Salim adalah satu tuduhan yang amat berat dan ianya membabitkan Istana Johor.



Salim mesti tampil memberikan penjelasan dan memberikan bukti sekiranya dakwaan itu benar.

Dan sekiranya terbukti dakwaan itu adalah fitnah, kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Anwar Ibrahim mesti mengambil tindakan tegas ke atas Salim.

Paling menghairankan, di manakah suara Menteri Besar Johor, Onn Hafiz?

Beliau boleh bersuara dengan cukup lantang mengenai isu presiden UMNO, DS Zahid.



Mengapakah telah bertukar menjadi bisu apabila maruah raja beliau disentuh?

Sebagai menteri besar, sepatutnya Onn Hafiz mesti menjadi orang pertama yang membuat kenyataan berhubung dengan tuduhan Salim ke atas TMJ.

Atau apakah beliau juga turut terlibat dalam konspirasi untuk memenjarakan DS Najib dan ini membuatkan beliau membisu?

Sekiranya ini benar, maka amat malang bagi UMNO.



Kerana telah mengangkat seorang yang tidak mengenang budi atau lebih tepat dipanggil pengkhianat sebagai menteri besar.

Sehingga kini, kita masih menunggu kenyataan sama ada dari Ismail Sabri, Onn Hafiz, Salim atau pun Syed Fazmi!!!

 

Di Mana Suara Onn Hafiz Ketika TMJ Di Fitnah!!!

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button