Sebut Betul-Betul, Ini Kerajaan Perpaduan Bukan Kerajaan PH/DAP

Sebut Betul-Betul, Ini Kerajaan Perpaduan Bukan Kerajaan PH/DAP

Sebut Betul-Betul, Ini Kerajaan Perpaduan Bukan Kerajaan PH/DAP

Fakta yang cuba dinafikan oleh pihak Perikatan Nasional (PN), bahawa kerajaan yang wujud sekarang adalah Kerajaan Perpaduan dan bukannya Kerajaan PH/DAP.

Lebih dikesali Kerajaan Perpaduan ini wujud dari titah yang diberikan sendiri oleh DYMM SPB YDP Agong.



Niat dan hasrat baginda adalah ikhlas.

Baginda mahu supaya sebuah kerajaan yang kukuh ditubuhkan segera supaya kerajaan dapat menumpukan segala perhatian kepada masalah negara dan rakyat.

Dan bukannya kerajaan yang rapuh dan asyik berpolitik.

Demi untuk memastikan kuasa tetap di tangan mereka sehingga mengenepikan masalah negara dan rakyat.



Baginda juga mempunyai alasan yang sangat kukuh untuk menitahkan supaya kerajaan perpaduan segera dibentuk.

Berdasarkan keputusan PRU 15, tidak ada satu parti politik yang memperolehi majoriti yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan.

Perkembangan itu sangat tidak baik untuk mendapatkan keyakinan dari dunia luar dan seterusnya menggamit masuk pelaburan asing.

Lebih merisaukan baginda, cabaran besar sedang menghadapi negara sebaik sahaja tirai 2022 dilabuhkan.



Masalah ekonomi dunia yang merudum, masalah kekurangan bekalan makanan dunia akibat perang Ukraine dan Rusia dan juga kemungkinan berlaku banjir besar.

Mampukah kerajaan yang rapuh dengan hanya mempunyai majoriti yang sangat tipis menghadapi cabaran tersebut?

Apabila kerajaan tidak mampu menanganinya, bagaimanakah nasib rakyat nanti?

Namun sangat dikesali, ada pihak masih cuba berpolitik dengan membakar semangat perkauman dan omokan bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan PH/DAP.



Baca di sini:

https://malaysiagazette.com/2022/11/26/ini-adalah-kerajaan-ph-bukan-kerajaan-perpaduan-gerakan/

Perdana Menteri sendiri sudah menyatakan dengan jelas bahawa kerajaan di bawah pimpinan beliau bukan kerajaan PH/DAP.



Tetapi kerajaan yang beliau terajui adalah kerajaan perpaduan sebagaimana yang dititahkan oleh SPB YDP Agong.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1029387/bukan-kerajaan-ph-atau-dap-anwar

Saranan penulis kepada pihak Perikatan Nasional, cukup-cukuplah berpolitik dan ‘move on’ lah yer.



Jadi sebut betul-betul, ini Kerajaan Perpaduan dan bukannya kerajaan PH/DAP…😜😜😜

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button