Jack Ma ‘bawa diri’ ke Tokyo
Jack Ma ‘bawa diri’ ke Tokyo
TOKYO: Pengasas Alibaba, Jack Ma dilaporkan menetap di Tokyo selama hampir enam bulan selepas hilang daripada pandangan umum berikutan tindakan tegas China terhadap sektor teknologi.
Lapor Financial Times memetik beberapa sumber yang tidak dinamakan, jutawan itu ‘membawa diri’ sejak tindakan tegas itu, termasuk pembatalan IPO daripada syarikat Ant Group milik Ma oleh pengawal selia China dan denda tinggi yang dikenakan kepada syarikat Alibaba.
Menurut laporan itu, beliau menghabiskan sebahagian besar masanya selama enam bulan lalu bersama keluarganya di Tokyo selain melawat Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Akhbar Britain itu berkata, Ma sering mengunjungi beberapa kelab persendirian di Tokyo, dan menjadi pengumpul tegar seni moden Jepun, serta meneroka untuk mengembangkan perniagaannya kepada bidang kelestarian.
Ma dikesan di beberapa tempat sejak hilang dari pandangan umum di China, termasuk di pulau Mallorca Sepanyol tahun lalu.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pegawai China menyasarkan amalan anti-persaingan oleh beberapa nama terbesar negara itu, didorong oleh kebimbangan bahawa firma internet utama mengawal terlalu banyak data dan berkembang terlalu cepat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siasat RM600 bilion wang rakyat secara forensik.
- Hamzah atau Faizal layak ganti Muhyiddin?
- Kerajaan Perpaduan – Dilema Pengundi Cina
Julai ini, Ma dikatakan merancang untuk menyerahkan kawalan Kumpulan Ant untuk mengurangkan pengawal seliaan China dan menghidupkan semula tawaran awam unit pembayaran digital itu.
Gergasi e-dagangnya, Alibaba melaporkan pertumbuhan pendapatan rata pada bulan Ogos untuk kali pertama, ketika China menghadapi kelembapan ekonomi dan kes Covid-19 yang meningkat semula.
Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) meletakkan syarikat itu dalam senarai pemerhatian yang mungkin menyaksikan ia dinyahsenarai di New York jika tidak mematuhi perintah pendedahan, menyebabkan sahamnya merosot.-AFP
Jack Ma ‘bawa diri’ ke Tokyo
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah 10 MP BN Menentang Usul Undi Percaya Kerajaan Perpaduan
- PAS Hanya Mampu Berikan Jawapan Klishe Mengenai Rasuah PRU 15
- PAS Cabar Kedaulatan Undang Undang Negara?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :