PPBM Buat Laporan Polis Ke Atas Zahid Kerana Menyokong Kerajaan Perpaduan

PPBM Buat Laporan Polis Ke Atas Zahid Kerana Menyokong Kerajaan Perpaduan...😂😂😂

PPBM Buat Laporan Polis Ke Atas Zahid Kerana Menyokong Kerajaan Perpaduan

Pelik tapi benar!!!

Berlaku cuma di Malaysia, sesebuah parti politik melalui jalan yang cukup sukar untuk menjadi pembangkang.



UMNO terpaksa melalu pelbagai tekanan selepas kalah di dalam PRU 15, tetapi bukannya tekanan akibat dari kekalahan.

Ianya adalah tekanan kerana UMNO/BN membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana parti gabungan untuk membentuk kerajaan.

UMNO/BN menerima keputusan rakyat yang mahukan UMNO/BN menjadi pembangkang dalam parlimen penggal ke 15.

Tetapi rupa-rupanya di Malaysia, laluan yang terpaksa ditempuhi untuk menjadi pembangkang adalah sangat berliku.



Dan ingat, ianya hanya berlaku di Malaysia sahaja.

Dan apabila pengerusi PN menolak saranan YDP Agong supaya membuat kerjasama dengan PH untuk menubuhkan kerajaan perpaduan yang kukuh, UMNO/BN sekali lagi dipersalahkan.

Secara rasionalnya, ketika itu UMNO/BN hanya mempunyai 2 pilihan.

Pertama, menjunjung saranan YDP Agong dan menyelamatkan negara yang kini berada di ambang ancaman krisis ekonomi dunia dan krisis kekurangan bekalan dunia.



Kedua, bertegas untuk menjadi pembangkang dan membiarkan negara dan rakyat tanpa kerajaan dalam menghadapi krisis ekonomi dan kekurangan bekalan makanan dunia.

Sebagai sebuah parti yang sentiasa menjunjung apa juga saranan atau titah YDP Agong dan mengutamakan rakyat dan negara, sudah tentu pilihan pertama akan dituruti.

Lalu selepas PN menolak saranan YDP Agong, UMNO/BN mengambil keputusan untuk melakukan kerjasama dengan PH.

Mengenepikan segala ego politik dan perseteruan politik yang sudah berdekad lamanya demi saranan YDP Agong dan rakyat.



Tetapi rupa-rupanya, itu juga menjadi satu kesalahan.

Laporan Polis Ke Atas Pengerusi BN Kerana Menjunjung Saranan YDP Agong

 

PPBM Buat Laporan Polis Ke Atas Zahid Kerana Menyokong Kerajaan Perpaduan...😂😂😂

PPBM Buat Laporan Polis Ke Atas Zahid Kerana Menyokong Kerajaan Perpaduan...😂😂😂



Satu laporan polis telah dibuat oleh PPBM ke atas pengerusi BN, DS Zahid Hamidi kerana keputusan BN untuk melakukan kerjasama politik dengan PH.

Laporan polis tersebut telah dibuat oleh Muhammad Zikri bin Zulkifli yang mendakwa diri beliau sebagai EXCO Pemuda PPBM Pulau Pinang.

Kalau dibaca laporan berkenaan, penulis rasa cukup simpati dengan anggota polis yang menerima repot tersebut.

Mungkin beliau juga pening untuk memikirkan apa asasnya laporan yang hendak dibuat.



Tepatlah seperti yang selalu dikatakan, tanda orang yang gila kuasa adalah menjadi gila selepas kehilangan kuasa…😜😜😜

 

PPBM Buat Laporan Polis Ke Atas Zahid Kerana Menyokong Kerajaan Perpaduan…😂😂😂

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button