Lokasi strategik, harga patut

Lokasi strategik, harga patut

Lokasi strategik, harga patut
DARI kiri, Jonathan, Jimmy, Ketua Wilayah Selatan MCentury Datuk Katherine Ho, Abdul Hamid, Pengurus Besar Kumpulan Ehsan, Abdul Gafur Suleiman, Pengasas First Global Realty Sdn Bhd, Sophia Chong, Pengurus Projek Kanan First Global Realty Sdn Bhd, Hoo Chang Kang dan Pengasas Renzo Realty, Datuk Ivan Cheng ketika Majlis Pelancaran Mutiara Austin Residence.

Johor Bahru: Pembinaan projek Mutiara Austin Residence di Taman Mount Austin di sini, yang menjadi projek terbaharu syarikat hartanah Ehsan Property, menunjukkan prestasi jualan memberangsangkan apabila sehingga kini, 88 peratus unit rumah dijual.

Lokasi strategik menjadi tarikan utama pembeli memilih hartanah dibina Lintang Hebat Sdn Bhd itu, yang menawarkan 650 unit apartment servis pada harga serendah RM400,000 bagi fasa pertama.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Ehsan Property, Datuk Abdul Hamid PV Abdu berkata, pihaknya menawarkan kediaman mewah mampu milik dengan memilih lokasi yang pesat membangun di bandar raya ini.



“Kawasan ini sangat cantik dan pesat membangun di negeri ini dan ia terletak di kawasan segi tiga emas Johor Bahru, dengan dikelilingi banyak fasiliti.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pembukaan Rumah Contoh Mutiara Austin Residence di Taman Mount Austin di sini, Sabtu lalu.

Dalam usaha membina reputasi untuk konsep visual dan peruntukan bagi aset premium, Ehsan Property menyokong pelaburan dalam seni bina inovatif yang merendahkan harga tanpa menjejaskan kualiti.

Oleh itu, Abdul Hamid berkata, syarikatnya merancang membina lebih banyak rumah mampu milik dengan melihat kawasan tumpuan lain di Johor seperti Batu Pahat, Yong Peng dan Chaah, Segamat.

Sehingga kini, beliau berkata, Ehsan Property membina 14 hingga 15 projek perumahan sejak 2008, dengan anggaran lebih 4,000 pemilik menerima kunci.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Sayap UMNO Masih Setia Kepada Parti?


“Kami anggar dua tahun akan datang akan bina 2,000 unit rumah lagi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Gplex Realty, Jimmy Chao Miew San berkata, pembeli Bumiputera turut ditawarkan diskaun istimewa, manakala sebahagian daripada unit kediaman diberikan perabot separa lengkap.



“Sekarang kami buat satu pakej untuk pembeli Bumiputera yang mana diskaun menarik untuk anda, selain memberikan pakej perabot separa lengkap kepada pembeli Bumiputera.

“Ramai Bumiputera tidak tahu di kawasan ini, mereka boleh dapat satu apartmen servis sangat mewah dengan harga murah,” katanya.

Bagi Pengurus Kanan, IPG Realty Sdn Bhd (Johor Bahru), Jonathan Loh pula, sasaran jualan keseluruhan unit bagi Mutiara Austin Residence itu dijangka dipenuhi akhir tahun ini.

“Kenapa ramai orang mahu beli kediaman di kawasan ini? Sebab harganya berpatutan, sekali gus membantu lebih ramai orang memiliki rumah.



“Sasaran pembeli tidak kira bangsa, semua pasti suka dengan lokasi, harga serta promosi, jadi projek ini dapat dijual dengan pantas,” katanya.

Mutiara Austin Residence dijangka siap pada akhir 2026 dengan Fasa 1 projek berkenaan mencecah 88 peratus siap manakala Fasa 2 dijangka dilancarkan pada Oktober ini.

Lokasi strategik, harga patut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Akan PECAH Sebab Bayan Lepas



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button