Siti Nordiana bimbang jika ada babak dilihat keterlaluan
Kisah hidup diangkat jadi drama
“Memang ada babak yang sedikit keterlaluan dan membuatkan saya sendiri agak risau. Bagaimanapun itu semua kreativiti pengarah dan seni. Takkan orang nak tonton cerita yang mendatar sahaja.
“Saya hanya boleh memberi nasihat supaya babak itu tidak memberi aura negatif. Biarlah ia sampaikan kisah positif untuk memberi inspirasi kepada penonton,” katanya kepada mStar.
Drama arahan Hashim Rejab itu juga merupakan garapan dari novel tajuk sama yang ditulis oleh Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.
Kata Nana, apa yang dicerita dalam novel itu lebih banyak berkisarkan tentang perjalanan dalam kerjaya dan tidak terlalu mengangkat hal peribadi.
“Dalam novel pun saya tidak secara terperinci. Saya tidaklah kongsi kisah peribadi. Apa yang diceritakan dalam novel hanya basic sahaja.
“Saya juga faham penonton sekarang sudah bijak. Mereka tahu jika ada yang keterlaluan itu adalah garapan pengarah untuk dijadikan sebuah drama,” ujarnya.
Saya tidaklah kongsi kisah peribadi. Apa yang diceritakan dalam novel hanya basic sahaja
SITI NORDIANA – PENYANYI
Drama tersebut menampilkan pelakon Atikah Suhaime yang membawa watak Nana bernama Siti Nor Aisya.
Bagi mendalami watak, Atikah juga banyak bertanya kepada Nana supaya benar-benar dapat menyampaikan mesej kepada penonton.
“Saya percaya apabila watak ini dibawakan oleh pelakon lain ia menjadi lebih baik. Atikah ada kreativiti sendiri. Saya ini seorang yang pendiam, tapi dia hidupkan watak ini.
“Sebelum memulakan penggambaran Atikah ada berjumpa saya. Dia mendalami watak saya. Ketika penggambaran pun dia selalu hubungi untuk bertanya,” jelasnya.
Siti Nordiana bimbang jika ada babak dilihat keterlaluan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib Dan Hishamuddin: Sepupu Yang Berseteru
- PPBM Buat Laporan Polis Ke Atas Zahid Kerana Menyokong Kerajaan Perpaduan
- Mahathir paling risau jika Zahid jadi Timbalan Perdana Menteri.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :