Konspirasi Menjatuhkan Kerajaan Perpaduan Terbongkar

Konspirasi Menjatuhkan Kerajaan Perpaduan Terbongkar

Perdana Menteri untuk Kerajaan Perpaduan, Anwar Ibrahim sudah pun mengangkat sumpah di hadapan SPB YDP Agong.

Barisan jemaah menteri juga sudah diumumkan oleh perdana menteri malam semalam.



Kerajaan yang ditubuhkan juga adalah sebuah kerajaan yang kukuh kerana mendapat hampir 2/3 majoriti sokongan ahli parlimen.

Negara dan rakyat berada di ambang ancaman banjir, krisis ekonomi dunia dan krisis kekurangan bekalan makanan dunia.

Sepatutnya kerajaan dan pembangkang hentikan bermain politik.

Mereka sepatutnya berganding bahu dan menumpukan usaha untuk meminimakan impak negara dari pelbagai masalah.



Tetapi, di saat yang cukup genting ini, rupa-rupanya ahli politik Perikatan Nasional masih lagi tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat oleh rakyat.

Bukan itu sahaja, mereka juga boleh diklasifikasikan sebagai penderhaka.

Kerana mereka menentang Kerajaan Perpaduan yang dititahkan oleh YDP Agong dan Raja Raja Melayu.

Bukan dasar Kerajaan Perpaduan yang ditentang, tetapi mereka berkonspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.



Lebih teruk dari itu, mereka sebenarnya menentang qada dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Pemimpin UMNO Yang Bersekongkol Dengan Musuh Untuk Memusnahkan Parti

Usaha untuk menjatuhkan kerajaan masih terus giat dilakukan.

Malah nama beberapa pemimpin UMNO juga disebut sebagai watak utama untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan dengan cara yang cukup tidak bermoral.

Ianya didedahkan sendiri oleh calon PRK Parlimen Padang Serai dari Perikatan Nasional, yang juga merupakan ADUN Lunas, Azman Nasrudin.



Dalam ucapan kempen PRK Parlimen Padang Serai, Azman mendedahkan pemimpin UMNO yang terlibat dalam konspirasi tersebut.

Mereka adalah Khairy Jamaluddin, Annuar Musa dan Hishamuddin Hussien.

Ianya disebut dengan jelas ketiga-tiga mereka sedang membuat pakatan untuk menjatuhkan presiden UMNO, DS Zahid Hamidi dalam pemilihan parti yang akan datang.

Tujuannya adalah mengambil alih kepimpinan parti dan membawa UMNO melutut di kaki Perikatan Nasional.



UMNO adalah sebuah parti demokrasi dan sentiasa menjunjung sepenuhnya prinsip demokrasi.

Jika ada keyakinan, silakan bertanding untuk merebut jawatan presiden dalam pemilihan parti yang akan datang.

Tetapi mahukah ahli UMNO mempunyai pemimpin yang mahu membawa UMNO melutut di kaki musuh yang sudah berkali-kali mengkhianati UMNO?

 



Konspirasi Menjatuhkan Kerajaan Perpaduan Terbongkar

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button