Cabutan Khas Judi Di Kurangkan Hampir 300%, Pak Lebai Down Ker?
Cabutan Khas Judi Di Kurangkan Hampir 300%, Pak Lebai Down Ker?
Dalam sidang media sebaik sahaja selesai mesyuarat kabinet khas, perdana menteri, Anwar Ibrahim, membuat pengumuman yang agak memeranjatkan.
Anwar mengumumkan, cabutan judi khas yang dinaikkan dari 8 kali kepada 22 kali di era Perikatan Nasional telah dikurangkan kepada 8 kali.
Keputusan penurunan cabutan khas judi ini melibatkan penurunan hampir 300% dari yang diluluskan oleh Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yasin.
Mengapa penulis menganggap keputusan Anwar itu sebagai menarik?
Perikatan Nasional dianggotai oleh PPBM, PAS dan UMNO.
PAS sebagai sekutu rapat PPBM sering mendakwa diri mereka sebagai pejuang agama dengan pelbagai slogan.
‘Islam Memimpin’, ‘Membangun Bersama Islam’ dan pelbagai moto dan cogankata dicipta supaya memberi gambaran bahawa PAS dan Islam berpisah tiada.
Judi adalah haram di sisi agama Islam dan ini sangat jelas dan nyata.
Namun kita memahami, untuk menghapuskan terus judi di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia adalah sangat mustahil.
Hak dan kebebasan penganut agama lain juga perlu dihormati.
Namun, itu tidak bermakna cabutan khas judi mesti ditambah sehingga hampir 300%, tetapi itulah yang berlaku di era Perikatan Nasional.
Manakala Pakatan Harapan pula dianggotai oleh PKR, DAP dan PAN.
PKR sering dilabelkan sebagai sebuah parti yang liberal, mankala DAP pula dilabelkan sebagai parti kafir yang cauvanis.
Tetapi di era pemerintahan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim, cabutan khas judi telah dikurangkan semula kepada hampir 300%.
Siapa sebenarnya yang mendaulatkan Islam di bumi Malaysia?
Mungkin cytro PAS akan menyanggah, bukankah UMNO dahulu juga berada dalam kerajaan Perikatan Nasional?
Malah UMNO pernah menerajui kerajaan Keluarga Malaysia.
Benar, tetapi Ismail Sabri terikat untuk mengekalkan polisi Perikatan Nasional dalam perjanjian haram beliau dengan Muhyiddin.
Bagaimana PAS Boleh Mengumpul Dana Begitu Banyak, Dari Cukai Judi Atau Dari RM600 Bilion?
Hasil cukai dari judi memang sangat lumayan.
Jadi, bagaimanakah PAS boleh mempunyai dana yang begitu banyak, walau pun hanya menjadi kerajaan setengah penggal?
Dari cukai judi atau dari RM600bilion?
Jangan marah, penulis cuma bertanya.
Cabutan Khas Judi Di Kurangkan Hampir 300%, Pak Lebai Down Ker?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Konspirasi Menjatuhkan Kerajaan Perpaduan Terbongkar
- Najib Dan Hishamuddin: Sepupu Yang Berseteru
- PPBM Buat Laporan Polis Ke Atas Zahid Kerana Menyokong Kerajaan Perpaduan
- Zahid WAJIB Singkirkan Raja Broker UMNO Dengan Segera