Paywave Atau Pin? Mana Lebih Selamat?
Paywave Atau Pin? Mana Lebih Selamat?
Pernahkah anda mengalami situasi di mana juruwang meminta anda menggunakan paywave atau pin semasa anda ingin membuat pembayaran di kaunter?
Seperti yang diketahui, jika anda memilih untuk membayar dengan menggunakan pin, anda perlulah memasukkan nombor pin kad tersebut. Manakala jika anda ingin menggunakan paywave, anda hanya perlu ‘touch’ kad kita pada mesin tanpa perlu mengesahkan nombor pin.
Paywave Vs Pin
Persamaan paywave dan pin ialah kedua-duanya mempercepatkan proses pembayaran jika dibandingkan dengan membayar secara tunai. Jadi, ini akan memudahkan proses pembayaran di kaunter sekiranya pelanggan beratur panjang tidak perlu menunggu lama lagi.
Cara pengendalian
Jika anda menggunakan paywave, juruwang hanya perlu mengimbas atau mengimbas kad anda pada reader. Jika anda menggunakan pin, juruwang akan meminta anda memasukkan nombor pin anda untuk mengesahkan transaksi. Dengan ini, dapat dilihat bahawa menggunakan paywave lebih cepat daripada pin kerana paywave hanya perlu touch kad sahaja.
Had maksimum
Paywave hanya membenarkan had maksimum untuk transaksi sehingga RM250 sahaja. Walau bagaimanapun, had ini anda boleh ditukarkan kepada jumlah lain dengan membuat permintaan kepada bank untuk menetapkan jumlah yang anda inginkan. Untuk penggunaan pin kad debit pula, had pengeluaran maksimum untuk transaksi harian ialah RM5,000.
Akses
Untuk setiap transaksi yang menggunakan pin, anda perlu memasukkan nombor pin anda sebagai tanda kelulusan transaksi. Ini bermakna anda mengawal pengeluaran anda di bawah pengawasan anda dan anda akan tahu apabila wang anda digunakan.
Untuk penggunaan pay wave, anda tidak boleh mengawal pengeluaran wang jika anda memberikan kad anda kepada orang lain, contohnya orang terdekat. Sesiapa sahaja boleh ‘touch’ kad anda jika mereka menggunakannya dan transaksi pembelian itu akan diterima.
Dengan ini jelaslah mengenai kelebihan dan kekurangan paywave dan pin. Maka, pilihan ditangan anda. Mana yang lebih selamat? Paywave atau Pin?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.
Ketua Pemuda PAS Di Rakam Keterangan Kerana Mengugut Pihak Berkuasa
Paywave Atau Pin? Mana Lebih Selamat?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hadi Awang Di Siasat Polis, Lebih ‘Sejuta’ Pemuda PAS Berhimpun
- Azam Baki: SPRM Buka Kertas Siasatan Isu RM600 Bilion
- Siapa ‘fitnah’ Arman belakangkan Zahid?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Ketua Pemuda PAS Di Rakam Keterangan Kerana Mengugut Pihak Berkuasa