Seks luar nikah ditetapkan jenayah, pelancong asing ‘takut’ ke Indonesia
Seks luar nikah ditetapkan jenayah, pelancong asing ‘takut’ ke Indonesia
JAKARTA: Keputusan kerajaan Indonesia meluluskan undang-undang yang menetapkan hubungan seks luar nikah sebagai jenayah mencetuskan pelbagai reaksi daripada orang ramai, termasuk industri pelancongan.
Hal ini kerana, undang-undang itu turut termaktub kepada pelancong asing yang memasuki atau bekerja di negara ini.
Kumpulan hak asasi manusia menyifatklan undang-undang itu sebagai ‘bencana’, selain menyaksikan banyak protes membantah pelaksanaannya dilakukan di seluruh Indonesia termasuk, Aceh, Bali, Surabaya, Jakarta dan Makassar.
Bagaimanapun, undang-undang tersebut tidak akan berkuatkuasa serta-merta dan dijangka dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun.
Kod undang-undang tersebut juga mendapat perhatian Australia apabila sektor pelancongan negara ini ‘banyak bergantung’ kepada pelancong dari negara berkenaan.
Ribuan pelancong Australia terbang ke Bali setiap bulan untuk melancong, melangsungkan perkahwinan tepi pantai atau meraikan berakhirnya sesi persekolahan.
Kebanyakan golongan belia Australia memilih Bali sebagai destinasi pilihan kerana ia lebih murah berbanding tempat pelancongan yang lain.
TANGGAPAN BERUBAH
Namun, pandangan mereka mula berubah selepas kod jenayah itu diluluskan di Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (DPR) kelmarin.
Menerusi media sosial, kebanyakan warga Australia dan pelancong asing yang lain mula membincangkan relevan undang-undang berkenaan untuk mereka.
Ada dalam kalangan mereka menyatakan akan membawa sijil perkahwinan ketika melancong ke Indonesia dan ada juga yang tidak mahu datang ke negara ini sekiranya undang-undang itu dilaksanakan.
“Undang-undang itu merupakan ‘langkah terbaik’ untuk musnahkan sektor pelancongan di Bali’,” kata seorang pelancong.
TIDAK PERLU BIMBANG
Bagaimanapun, pelancong asing dinasihatkan tidak perlu bimbang dengan undang-undang itu kerana polis akan melakukan siasatan atau penahanan sekiranya terdapat laporan daripada keluarga seperti ibu bapa, pasangan suami atau isteri dan anak mereka yang terlibat.
Selain itu, pihak berkuasa negara ini juga memberi jaminan undang-undang itu ‘kurang berisiko’ kepada pelancong asing kerana mereka yang boleh membuat aduan mestilah rakyat negara ini.
BERGANTUNG KEPADA PELANCONGAN
Sementara itu, seorang pemandu pelancong di Bali, Yoman menegaskan kod undang-undang tersebut boleh memburukkan sektor pelancongan di seluruh Indonesia.
“Saya sangat risau kerana kerjaya saya bergantung sepenuhnya kepada sektor pelancongan.
“Jika tiada pelancong datang ke Bali atau ke tempat lain di seluruh di Indonesia, bagaimana orang seperti saya ingin mencari makan? soalnya.
Jelas Yoman, ramai pelancong asing akan pergi ke tempat lain berbanding Indonesia kerana mereka tidak ‘sewenang-wenangnya’ membiarkan diri mereka dipenjara jika ditangkap bersekedudukan bersama pasangan yang belum berkahwin.
RAKYAT BANTAH
Dalam pada itu, majoriti rakyat Indonesia membantah langkah DPR meluluskan Draf Kanun Jenayah (RKUHP) menjadi undang-undang.
Draf yang diperkenalkan sejak era Hindia Belanda itu disifatkan tidak lagi relevan dengan situasi semasa di Indonesia kini.
Terdapat kira-kira 600 perbuatan jenayah di bawah draf tersebut termasuk seks di luar nikah, menghina presiden dan Perlembagaan serta hukuman mati. – AGENSI
Seks luar nikah ditetapkan jenayah, pelancong asing ‘takut’ ke Indonesia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perdana Menteri Dedahkan Penipuan Muhyiddin Sepanjang PKP & Darurat
- Ucapan Presiden di PAU Januari 2023 dijangka panas berapi.
- Mahathir Bidas Anwar Lantik Zahid Tapi Lupa Pernah Lantik Lim Guan Eng
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :