Gambar presiden terkencing dalam seluar, wartawan ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Gambar presiden terkencing dalam seluar, wartawan ditahan

Enam wartawan di Sudan Selatan ditahan berhubung edaran rakaman yang menunjukkan Presiden Salva Kiir kelihatan terkencing dalam seluar di acara rasmi, kata kesatuan wartawan negara, baru-baru ini, lapor CNN.



Rakaman pada Disember menunjukkan kesan di seluar kelabu presiden berusia 71 tahun itu ketika dia berdiri untuk lagu kebangsaan pada acara rasmi. Video itu tidak pernah disiarkan di televisyen, tetapi kemudiannya tersebar di media sosial.

Wartawan itu, yang bekerja dengan Perbadanan Penyiaran Sudan Selatan yang dikendalikan kerajaan, ditahan baru-baru ini, kata Patrick Oyet, presiden Kesatuan Wartawan Sudan Selatan.

“Mereka disyaki mempunyai pengetahuan bagaimana video presiden (terkencing),” katanya kepada Reuters.

Menteri Penerangan Sudan Selatan Michael Makuei dan jurucakap Perkhidmatan Keselamatan Negara, David Kumuri, tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas.



Kiir menjadi presiden sejak Sudan Selatan mencapai kemerdekaan pada 2011. Pegawai kerajaan berulang kali menafikan khabar angin yang tersebar di media sosial bahawa dia tidak sihat. Negara ini terbabit dalam konflik selama sedekad lalu.

“Kami bimbang kerana mereka yang ditahan lebih lama daripada apa yang dinyatakan oleh undang-undang,” tambahnya.

Mengikut undang-undang, pihak berkuasa Sudan Selatan dibenarkan menahan suspek selama 24 jam sahaja sebelum membawa mereka ke hadapan hakim.

Sumber – Harian Metro




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading