Empat sungai di Terengganu lepasi paras bahaya

Kuala Terengganu: Empat sungai di Terengganu melepasi paras bahaya, manakala satu lagi melebihi paras amaran dan dua merekodkan bacaan melepasi paras waspada.

Kenaikan paras air sungai itu berlaku disebabkan hujan lebat sejak malam tadi hingga pagi ini.

Berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, empat sungai yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Nerus di Kampung Langkap, Sungai Chalok di Jambatan Chalok, di daerah Setiu.



Dua lagi sungai yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Tersat di Kampung Sekayu dan Sungai Telemong di Kampung Kuala Ping di Hulu Terengganu.

Sehingga 7.45 pagi ini, paras air di Sungai Nerus dan Sungai Chalok di Jambatan Chalok di Setiu, masing-masing merekodkan 21.29 meter (m) dan 9.02 m iaitu melepasi paras bahaya 21 m dan 8.40 m.

Sungai Tersat di Kampung Sekayu dan Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu, masing-masing mencatatkan 20.05 m dan 20.76 melebihi paras bahaya iaitu 20 m dan 19.70 m.

Sungai Nerus di Kampung Bukit, di daerah Setiu pula merekodkan bacaan melebihi paras amaran iaitu 12.17 m melebihi paras amaran 12 m.



Sementara itu, Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan dijangka berlaku di seluruh Terengganu.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button