Siasatan menyeluruh kes 36 motosikal pelajar UniMAP terbakar

Oleh – Syeikh Baran


Siasatan menyeluruh kes 36 motosikal pelajar UniMAP terbakar
Sebahagian motosikal yang diletakkan di blok asrama lelaki UniMAP musnah dalam kebakaran awal pagi semalam.

Polis menyiasat kes kebakaran 36 motosikal di kawasan parkir asrama lelaki Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh Putra, di sini daripada semua aspek termasuk kemungkinan berlakunya litar pintas atau khianat.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, pihaknya juga masih menunggu hasil siasatan daripada bomba.



“Pihak bomba telah mengambil sampel di lokasi bagi tujuan forensik kebakaran untuk dihantar ke makmal. Kita menyerahkan siasatan mengenai punca kebakaran kepada mereka (bomba) yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan siasatan forensik kebakaran bagi mengetahui punca sebenar kejadian mengambil masa kira-kira dua minggu kerana sampel akan dihantar ke makmal untuk tujuan analisa.

Terdahulu Kosmo! melaporkan sebanyak 26 motosikal yang diletakkan di kawasan parkir asrama lelaki UniMAP, Pauh Putra di sini musnah dalam kebakaran awal pagi semalam.

Kejadian pukul 4.42 pagi itu turut menyebabkan 10 buah lagi motosikal mengalami kerosakan kecil.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button