Penghantar makanan didenda RM4,500 ambil gambar, video wanita mandi

Penghantar makanan didenda RM4,500 ambil gambar, video wanita mandi

Penghantar makanan didenda RM4,500 ambil gambar, video wanita mandi

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar makanan didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah mengambil gambar dan video seorang wanita sedang mandi, bulan lalu.

Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd Khalis Rusli, 32, kerana mengaibkan kehormatan wanita berusia 28 tahun itu dengan mengambil gambar dan video mangsa sedang mandi melalui telefon bimbit di tingkat sembilan sebuah unit pangsapuri di Jalan Tasik Permaisuri di sini, pada jam 3 pagi, 13 Januari lalu.



Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda.

Mohd Khalis yang tidak diwakili peguam merayu denda paling minimum kerana dia baru sahaja mendapat kerja awal bulan ini dan perlu menanggung ibu bapa serta adik-beradiknya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Aisyah Mohamed Zanyuin mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana tindakannya telah mengaibkan mangsa selain perlu mengambil kira keselamatan masyarakat. – BERNAMA



Kerani didenda miliki bahan lucah dalam telefon bimbit

Penghantar makanan didenda RM4,500 ambil gambar, video wanita mandi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button