Marissa Dania Kembali Bersama Keluarga, Netizen Sebak! [VIDEO]

“Kuat Sangat Family Ni…”

Marissa Dania Kembali Bersama Keluarga, Netizen Sebak! [VIDEO]

Marissa Dania Kembali Bersama Keluarga, Netizen Sebak! [VIDEO]
Marissa Dania Kembali Bersama Keluarga, Netizen Sebak! [VIDEO]
Anak kepada selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania  sebelum ini pernah menjadi bualan ramai selepas dikatakan telah berkahwin di Songkhla, Thailand, tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya Mazlan serta keluarga Marissa.

Sehingga kini, spekulasi berkenaan masih lagi menjadi tanda tanya serta kedua-dua belah pihak juga tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

Berkumpul Bersama Keluarga

Terkini, menerusi video yang dimuatnaik oleh isteri kepada Norman Hakim yang juga pelakon, Memey Suhaiza, memaparkan Marissa yang turut berkumpul bersama keluarga ketika menghadiri majlis previu bufet Ramadhan yang diadakan di sebuah hotel di Selangor.



“Terima kasih jemput kami lagi untuk preview Ramadhan Bufet. Jumpa lagi bulan Ramadhan nanti InsyaAllah.”-kapsyen Memey di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)



“Allah Uji Mereka Sekarang, Tanda Sayang…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur melihat keluarga ini kembali bersatu, malah ramai yang menitipkan doa agar mereka kuat dalam menghadapi ujian yang menimpa.

“Diorang terluka, tapi diorang pilih untuk gembira. Sebaknya.”

“Kuat sangat family ni. Semoga sentiasa di dalam lindungan Allah SWT.”



“Ujian yang kuat untuk family yang hebat. MasyaAllah semoga Allah sentiasa menjaga ukhwah dengan penuh kasih sayang dan redhaNya.”

“Alhamdulillah. Seronok tengok keluarga ini bersatu.”

“Sebak tengok, semua kuat. Allah uji mereka sekarang, tanda sayang. Pasti ada hikmah.”

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka sekeluarga…



Marissa Dania Kembali Bersama Keluarga, Netizen Sebak! [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

SPANCO: SPRM Rakam Keterangan Tengku Zafrul, Akan Panggil Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button