Zahid Terus Berlapang Dada, Kemarahan Akar Umbi Makin Membara

Zahid Terus Berlapang Dada, Kemarahan Akar Umbi Makin Membara

Zahid Terus Berlapang Dada, Kemarahan Akar Umbi Makin Membara

Apa yang akan ditulis dalam artikel ini, bukanlah keluhan dan keresahan peribadi penulis terhadap keputusan mesyuarat MKT UMNO baru-baru ini.

Tetapi penulis hanya menyampaikan keluhan, keresahan dan kemarahan akar umbi UMNO melalui perbualan antara penulis dengan mereka.



Mungkin ianya tidak boleh dianggap sebagai suara keseluruhan akar umbi UMNO di seluruh Malaysia.

Tetapi penulis percaya perkara yang sama dirasai majoriti akar umbi UMNO.

Akar umbi UMNO menyambut baik keputusan MKT UMNO memecat ketua bahagian UMNO Ketereh, (Annuar Musa).

Selain itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, (Shamsiah Yasin, isteri Shahidan Kassim) dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, (Fatimah Kassim) juga dipecat.



Zahid Terus Berlapang Dada, Kemarahan Akar Umbi Makin Membara

Kedua-dua mereka digantung keahlian bermula 13 November 2022 kerana berkempen menentang UMNO dan menyokong parti lawan dalam kempen PRU 15.

Tetapi persoalan yang cukup besar dibangkitkan oleh akar umbi ialah mengapa Hishamuddin Hussien dan Khairy Jamaluddin tidak diambil tindakan?

Bukan sekali kedua-dua mereka membuat onar dan mengeluarkan kenyataan yang cukup mengguris hati akar umbi.



Sebagai contoh, bukan sahaja akar umbi UMNO, malah satu Malaysia sudah tahu, siapa sebenarnya Hishamuddin Hussien.

Tidak perlu penulis ulang kembali apa yang pernah Hishamuddin lakukan selepas PRU 14, di PRN Melaka dan juga kepada UMNO Sabah.

Malah, baru-baru ini, Hadi Awang secara jelas mendakwa Hishamuddin merupakan manusia yang bertanggungjawab mengumpulkan 10 SD dari MP BN untuk menyokong PN.



Apakah bukti-bukti itu masih tidak mencukupi?

Manakala Khairy Jamaluddin (KJ) pula secara jelas mengatakan bahawa UMNO adalah parti yang sudah sesat dalam kempen PRU 15 di Sg Buloh.

Apakah ini juga masih tidak kukuh untuk tindakan diambil ke atas KJ?

Atau apakah Hishamuddin dan KJ terlalu kebal sehingga tiada tindakan boleh diambil ke atas mereka?



Hanya 80% Ahli UMNO Memberikan Undi Kepada UMNO!!!

 

Dari 21.1 juta pengundi berdaftar di Malaysia, kira-kira 65% adalah pengundi Melayu atau 12.6 juta orang.

Jumlah ahli UMNO yang boleh dianggap sebagai pengundi putih adalah seramai 4 juta orang atau 31.7%.

Tetapi jumlah pengundi Melayu yang mengundi UMNO dalam PRU 15 hanya sekitar 26% sahaja.



Ini bermakna jumlah ahli UMNO yang mengundi UMNO hanya sekitar 3.2 juta orang.

Manakala 800,000 ahli UMNO tidak memberikan undi kepada UMNO?

Mengapa Ini Berlaku Dan Apa Puncanya?

 

Sebenarnya mereka (ahli UMNO dan pengundi atas pagar) bosan dengan perpecahan demi perpecahan yang berlaku dalam UMNO.

Sikap pemimpin UMNO mula mereka perhatikan sejak selepas PRU 14, tetapi ianya dinafikan oleh pemimpin UMNO.

Usai PRU 14, kluster pengkhianat membuat onar secara terang-terangan.

Akibatnya berlaku lompat parti, UMNO Sabah hampir lumpuh.

KJ pula yang menjadi menteri kesihatan ketika itu membuat pelbagai sekatan yang menyusahkan jentera parti dalam kempen PRN Melaka dan PRN Johor.

Kritikan terhadap kepimpinan utama dan parti dilakukan secara terbuka dalam kempen PRU 15.

Tetapi hingga ke hari ini, tiada sebarang tindakan diambil ke atas kedua mereka!!!

Hishamuddin manusia pertama yang menyanggah keputusan parti untuk menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

Sudah jelas lagi bersuluh, beliau mendahului parti, malah beliaulah manusia yang bertanggungjawab untuk mengumpulkan 10 SD MP BN.

Malah dikhabarkan, beliau tidak menandatangani surat akujanji calon BN sebelum PRU 15!!!

Apa tindakan yang diambil oleh presiden dan MKT UMNO?

Tidak ada!!!

Penulis faham Hishamuddin mempunyai pengaruh yang agak besar dalam UMNO.

Tetapi apakah pilihan yang UMNO ada?

Sama ada berbangga dengan jumlah ahli yang besar tetapi sebahagian mereka adalah ibarat sokong yang membawa rebah.

Atau bersedia mengecilkan saiz ahli tetapi kesemua mereka adalah kumpulan yang setia kepada parti.

Sudah pasti pilihan kedua adalah pilihan yang terbaik.

Barulah kena pada tempatnya untuk kita semua berlapang dada kerana ianya diletakkan di tempat yang betul.

Untuk apa kita masih lagi mahu berlapang dada kepada manusia yang mahu membunuh kita???

 

Zahid Terus Berlapang Dada, Kemarahan Akar Umbi Makin Membara

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button