Ahli Parlimen lompat parti, BERSATU rujuk peguam

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan merujuk kepada peguam parti untuk tindakan susulan berkenaan isu Ahli Parlimennya yang bertindak keluar parti.

Sumber daripada pimpinan parti berkata, perkara itu akan dirujuk kepada peguam terlebih dahulu sebelum parti membuat sebarang keputusan.

“Perkara ini pertama kali berlaku, jadi sebagai parti yang mematuhi dan menghormati undang-undang, BERSATU tidak akan bertindak melulu (jump the gun),” katanya kepada BH.



Ditanya sama ada parti sudah menerima surat rasmi daripada ahli parti BERSATU Sabah, yang bertindak keluar pati, sumber itu berkata, beliau secara peribadi beliau belum melihat sebarang surat rasmi berkenaan isu itu.

Terdahulu, pemimpin BERSATU Sabah termasuk semua wakil rakyatnya, mengumumkan keluar daripada parti itu pada 10 Disember lalu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Menteri Sabah, yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Hajiji Noor, berkata keputusan itu dibuat selepas menimbangkan landskap politik Malaysia ketika ini, terutama di Sabah.

Hajiji, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), berkata berikutan tindakan itu, mereka akan menubuhkan sebuah parti tempatan yang baharu sebagai platform menggantikan BERSATU.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading