Trending

Mahu peluk ibu, tapi dipukul dengan tali pinggang selepas keluar penjara [VIDEO]

Mahu peluk ibu, tapi dipukul dengan tali pinggang selepas keluar penjara

Mahu peluk ibu, tapi dipukul dengan tali pinggang selepas keluar penjara
LELAKI itu cuba memeluk ibunya selepas dibebaskan dari penjara namun dipukul dengan tali pinggang. – AGENSI

LIMA: Satu video memaparkan insiden lucu seorang ibu memukul anak dewasanya dengan tali pinggang selepas dibebaskan dari penjara akibat ditahan atas kesalahan mabuk dan berkelakuan buruk di tempat awam.

Lapor Daily Mail, video TikTok yang tular menunjukkan detik-detik lelaki berusia 30 tahun itu dipukul oleh ibunya selepas dibebaskan dari penjara di bandar Sullana di Peru.

Dalam video tersebut, lelaki itu kelihatan tersenyum sambil berjalan keluar dari penjara menuju ke tempat ibunya sedang menunggu.



Ketika lelaki itu menghampiri ibunya untuk memeluk, wanita itu tidak melayaninya sebaliknya bertindak memukul anaknya dengan tali pinggang untuk menyuarakan rasa marah dan malu akibat tindakan anaknya yang masuk penjara.

Seorang individu yang merakam kejadian pembebasan lelaki itu tergelak seolah-olah menjangkakan situasi itu akan berlaku.

Wanita itu memukul beberapa kali di bahagian kaki dan lengan lelaki tersebut di hadapan anggota polis dan orang ramai yang ketawa terhibur melihat aksi ibu terhadap anaknya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Malah, kedengaran suara orang ramai yang meminta wanita itu memukul lebih kuat sambil cuba menahan gelak.



Rakaman video itu dikongsi oleh akaun pengguna TikTok dikenali sebagai @valesaldiarraga18.

Video itu ditonton lebih 3.8 juta kali sejak dimuat naik di akaun TikTok berkenaan pada Julai lalu.

 

@valesaldarriaga18



#viral #fyppppppppppppppppppppppp #parati #humor #mamáehijo #comiseria

♬ Olaja me lleve el diablo – Musica divertida

 

Program Murobbi serampang 2 mata



Mahu peluk ibu, tapi dipukul dengan tali pinggang selepas keluar penjara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden UMNO Tidak Akan Di Pertandingkan?

 



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button