Michelle Yeoh bakal menang Golden Globe, Oscar?



Kuala Lumpur : Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh diumumkan tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Golden Globe Ke-80 yang akan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia, pada 11 Januari depan.

Filem Everything Everywhere All At Once ditayangkan Mac lalu yang menyaksikan Yeoh melakonkan watak isteri dan ibu yang mahu menyelamatkan dunia, meletakkan Yeoh dalam kalangan calon terbaik kategori Pelakon Wanita Terbaik (Filem Muzikal atau Komedi) pada acara anugerah berprestij itu.

Turut dicalonkan ialah Lesley Manville menerusi filem Mrs Harris Goes to Paris; Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grand).

Sejak mula ditayangkan, penampilan Yeoh dalam filem ‘indie’ arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert itu menjadi sebutan ramai. Dia juga disebut-sebut bakal menggenggam trofi Oscar melalui wataknya dalam filem itu.



Selain Yeoh bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, filem Everything Everywhere All At Once turut menerima enam pencalonan.

Pada edisi kali ini, filem The Banshees of Inisherin arahan Martin McDonagh memperoleh pencalonan terbanyak iaitu lapan kategori.

Anugerah Golden Globe Ke-80 menyaksikan calon Filem Terbaik (Drama) adalah The Fabelmans, Top Gun : Maverick, Elvis, Tar dan Avatar : The Way Of Water.

Selain itu, calon Filem Terbaik (Komedi atau Muzikal) adalah The Banshees of Inisherin, Everything Everywhere All At Once, Glass Onion : A Knives Out Mystery, Babylon dan Triangle Of Sadness.



Sebelum ini, majalah antarabangsa terkemuka, Time mengumumkan Yeoh sebagai Ikon Tahun 2022 tanda pengiktirafan terhadap sumbangan besarnya kepada industri perfileman.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker