Wanita parah dalam kemalangan ‘Sotong Ride’

Wanita parah dalam kemalangan ‘Sotong Ride’

Wanita parah dalam kemalangan 'Sotong Ride'
Keadaan individu yang cedera selepas permainan sebuah taman tema di Bandar Puncak Alam terhempas malam ini. – Foto NSTP/IHSAN PEMBACA

KUALA SELANGOR: Seorang kanak-kanak dan dua dewasa cedera selepas terjatuh dari permainan taman tema di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam, di sini malam ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 8.50 malam.

Menurutnya, tiga mangsa itu membabitkan dua wanita dan seorang kanak-kanak.



“Ketiga-tiga mangsa ini terjatuh dari permainan dikenali sebagai ‘Sotong Ride’ ketika sedang berpusing.



“Seorang mangsa iaitu wanita cedera parah, manakala dua lagi tidak dipastikan keadaan mereka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ramli berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

Katanya, sebanyak tiga ambulans dan sebuah jentera bomba dkejarkan ke tempat kejadian.

“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 6 Enekmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995, iaitu beroperasi tanpa lesen,” katanya.



https://my-tv.online/2020/06/25/post-covid-19-theres-hope-for-thailands-starving-and-jobless-elephants/

Wanita parah dalam kemalangan ‘Sotong Ride’


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading