Anak hartawan Apotex tawar ganjaran besar untuk pemberi maklumat
Anak hartawan Apotex tawar ganjaran besar untuk pemberi maklumat
OTTAWA: Anak kepada pasangan hartawan dan pengasas Apotex Inc yang dibunuh lima tahun lalu, kini menawarkan ganjaran wang tunai tiga kali ganda kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat untuk menyelesaikan kes pembunuhan misteri itu dengan pantas.
Ganjaran wang tunai itu ditambah ekoran kekecewaan terhadap siasatan yang tidak mencapai kemajuan baik sehingga menyebabkan hubungan dalam keluarganya semakin renggang.
Pengasas firma farmaseutikal Apotex Inc, Barry Sherman dan isterinya Honey Sherman dipercayai telah dibunuh di kediaman mereka di Toronto pada 13 Disember 2017.
Pasangan itu ditemukan meninggal dunia di tingkat bawah tanah kediaman, dalam keadaan tali pinggang dililit pada leher kedua-dua mangsa dan diikat pada pagar besi.
Polis pada mulanya percaya kes kematian Barry dan Honey adalah pembunuhan-bunuh diri.
Bagaimanapun, pasukan penyiasat kemudian menetapkan kes tersebut sebagai pembunuhan berganda namun sehingga kini kematian pasangan hartawan itu kekal misteri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- NGO Muafakat Nasional Tidak Membawa Perjuangan Sebenar Muafakat Nasional Asal
- Usaha Membatalkan UMNO Di Era Ismail Sabri Terbongkar
- Parti Bunga layu dan longlai tanpa kuasa , bakal pupus
Anak lelaki pasangan hartawan itu, Jonathon Sherman berkata, kes kematian ibu bapanya tidak akan ditutup selagi pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu dibawa ke muka pengadilan.
Minggu lalu, anak perempuan pasangan itu, Alexandra Krawczyk mengesahkan ganjaran wang tunai sebanyak 10 juta dolar Kanada (RM32.5 juta) yang ditawarkan oleh keluarganya masih belum dituntut setakat ini.
Justeru, Jonathon kini menambah ganjaran wang tunai itu kepada 35 juta dolar Kanada (RM113.9 juta) untuk maklumat yang membawa kepada penangkapan pelaku dan penyelesaian kes kematian ibu bapanya.
“Saya amat merindui kedua ibu bapa saya malah sukar untuk menggambarkan perasaan itu.
“Walaupun sudah beberapa tahun insiden itu berlaku, kematian ibu bapa saya masih menghantui kami sekeluarga,” katanya. – AGENSI
Anak hartawan Apotex tawar ganjaran besar untuk pemberi maklumat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kini DUN Melaka Hanya Mempunyai 2 Wakil Pembangkang
- Barah Sebenar Dalam UMNO
- Kredibiliti kerajaan perpaduan rosak jika tidak dakwa Zeti dan Nazlan segera.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :