Kanun jenayah baharu Indonesia tidak terpakai buat pelancong asing

Kanun jenayah baharu Indonesia tidak terpakai buat pelancong asing

Kanun jenayah baharu Indonesia tidak terpakai buat pelancong asing
PELANCONG asing melawat tugu peringatan tragedi pengeboman Bali 2002 di Kuta, Bali, Indonesia. – AFP

JAKARTA: Timbalan Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Edward Omar Sharif Hiariej menegaskan pelancong asing tidak terlibat dalam kanun jenayah baharu yang mengharamkan hubungan seks luar nikah di negara ini.

Menurut Edward Omar, pelancong asing yang mengunjungi Indonesia berkemungkinan tidak akan didakwa di bawah undang-undang baharu itu yang akan berkuat kuasa dalam masa tiga tahun.

Katanya, kod undang-undang itu menetapkan hubungan seks luar nikah dan bersekedudukan bersama pasangan belum berkahwin sebagai jenayah.



Namun, jelasnya, polis hanya akan melakukan siasatan atau penahanan sekiranya terdapat laporan daripada keluarga seperti ibu bapa, pasangan suami atau isteri dan anak mereka yang terlibat.

Oleh itu, katanya, ia amat mustahil bagi para pelancong asing untuk didakwa di bawah kanun jenayah baharu itu.

Di bawah undang-undang baharu itu, mana-mana individu yang didapati melakukan hubungan seks luar nikah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau didenda 10 juta rupiah (RM2,830).

Individu yang didapati bersekedudukan dengan pasangan yang belum berkahwin pula boleh dikenakan hukuman penjara selama enam bulan atau didenda 10 juta rupiah (RM2,830).




DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Sementara itu, Edward Omar berkata, terdapat banyak kebimbangan berhubung kod undang-undang tersebut kerana ramai tidak memahami kanun jenayah mengenai hubungan seks luar nikah dan bersekedudukan bersama pasangan belum berkahwin.

“Justeru, saya mengulangi sekali lagi, pelancong asing boleh datang ke sini kerana anda tidak akan terjejas dengan kanun jenayah baharu ini.

“Ia adalah aduan yang hanya boleh dilakukan oleh ibu bapa atau kanak-kanak (atau pesalah disyaki) melainkan ibu bapa atau anak mereka berada di luar negara mahu membuat laporan,” katanya.



Tambah Edward Omar, undang-undang baharu itu bertujuan menggantikan kanun jenayah sedia ada yang digubal oleh kerajaan Belanda sebelum kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945. – AGENSI

Anwar Mesti Kurangkan Bercakap, Sekarang Masa Untuk Bekerja

Kanun jenayah baharu Indonesia tidak terpakai buat pelancong asing


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Mesti Kurangkan Bercakap, Sekarang Masa Untuk Bekerja



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button