Remaja maut terkena renjatan elektrik

Sadong Jaya: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditemukan maut terkena renjatan elektrik ketika dipercayai mencuri wayar di tapak pencawang telekomunikasi Kampung Senangeh di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Brodie Brangka berkata, Balai Polis Asajaya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mangsa di tapak pencawang telekomunikasi itu.

“Kami menemui seorang lelaki lengkap berpakaian dalam keadaan terbaring di tepi pagar tapak pencawang itu.



“Lelaki terbabit dipercayai cuba memotong wayar di kawasan tapak pencawang. Semakan mendapati, dia yang juga warga tempatan mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan pecah rumah, curi dan dadah,” katanya pada kenyataan hari ini.

Mayat dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button