SPRM tahan Pengerusi MPKK kes rasuah RM5,000

Oleh – Syeikh Baran


SPRM tahan Pengerusi MPKK kes rasuah RM5,000
SPRM Pulau Pinang menahan seorang Pengerusi MPPK, semalam. – Foto ihsan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM5,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.



Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Basrah Bee, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun, beliau berkata, suspek akan dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini, selepas kenyataan direkodkan.

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button