3 mangsa lemas di kolam latihan anak anggota tentera

Oleh – Syeikh Baran


3 mangsa lemas di kolam latihan anak anggota tentera
Lokasi kejadian adalah kawasan larangan, pihak tentera telah menutup tempat itu. – Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Identiti tiga mangsa lemas di kolam latihan sebuah kem tentera di Temerloh, dekat sini, petang tadi, dikenal pasti sebagai anak kepada anggota di kem terbabit.

Mereka ialah Amar Mukhlis Mohd Anizan, 13; Aiman Syafiq Sudirman, 11; dan Muhammad Shafiq Aswad Shahril Naim, 11.



Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan, berkata kejadian itu diketahui selepas seorang rakan mangsa meminta tolong daripada anggota tentera sekitar 5.30 petang tadi.

“Pasukan tentera yang tiba di kolam itu menemukan tiga helai baju di tepi kolam. Hasil pencarian menjumpai mangsa pertama, Aiman Syafiq pada jam 5.55 petang, disusuli Muhammad Shafiq Aswad pada jam 6.10 petang, dan Amar Mukhlis lima minit kemudian.

“Kesemua mangsa dikejarkan ke pusat perubatan di kem, namun disahkan meninggal dunia oleh doktor di situ,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, malam tadi.

3 mangsa lemas di kolam latihan anak anggota tentera
Lokasi kejadian adalah kawasan larangan, pihak tentera telah menutup tempat itu. – Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Mazlan berkata, bedah siasat akan dijalankan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, hari ini, sebelum jenazah diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan di Bachok dan Pasir Puteh, Kelantan.

Beliau berkata, lokasi kejadian adalah kawasan larangan dan pihak tentera telah menutup tempat itu.



Hasil siasatan awal juga mendapati tiada unsur jenayah dalam insiden itu, dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut, setakat ini.

Terdahulu, bomba melaporkan dua kanak-kanak dan seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas disyaki mandi di kolam latihan kereta kebal sedalam tujuh kaki (kira-kira 2.1 meter) di sebuah kem tentera di Temerloh. – BERNAMA

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading