Isu Projek Tebatan Banjir: Tuan Ibrahim Perlu Jawab Pendedahan Sabahkini
Isu Projek Tebatan Banjir: Tuan Ibrahim Perlu Jawab Pendedahan Sabahkini
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah mengumumkan akan mengkaji semula beberapa kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion.
Menurut beliau, kelulusan tebatan banjir yang peruntukannya sekitar RM15 bilion dan RM7 bilion sudah diluluskan tanpa proses tender secara teratur melalui rundingan terus.
“Saya telah minta fail itu tidak diteruskan, diteliti semula supaya ada prinsip ketelusan dan juga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan,” jelas Anwar Ibrahim.
Baca di sini:
Dalam memberikan respon kepada pendedahan yang telah dibuat oleh perdana menteri, mantan Menteri Alam Sekitar & Air, Tuan Ibrahim mempersoalkan kenyataan Anwar.
“Peruntukan asal yang diperuntukkan adalah RM15 bilion dan jumlah yang diluluskan hanyalah RM7 bilion”.
Beliau juga mendakwa tidak pernah menandatangani sebarang Surat Setuju Terima (SST) kepada mana-mana syarikat berhubung projek tebatan banjir.
“Saya juga tidak pasti dari mana datangnya jumlah RM7 bilion yang dibangkitkan ini,” katanya.
Baca di sini:
Namun begitu, portal Sabahkini2 telah membuat pendedahan yang mengejutkan berserta dengan bukti.
Menurut portal tersebut, Tuan Ibrahim tidak berkata benar apabila mendakwa beliau tidak pernah menandatangani sebarang SST berkenaan projek tebatan banjir.
Baca di sini:
Melalui salinan SST yang dimuatnaik dalam portal tersebut, ternyata Tuan Ibrahim sudah menandatangani SST yang bertarikh 30 Ogos 2022.
Beberapa Persoalan Yang Memerlukan Penjelasan yang Tuntas
Sekiranya apa yang didedahkan oleh Sabahkini adalah benar, maka timbul beberapa persoalan:
- Mengapa kontrak rundingan secara terus hanya diberikan kepada sebuah syarikat tunggal, Mangkubumi Sdn Bhd?
- Apakah dalam Malaysia tidak ada syarikat lain yang layak diberikan kontrak kerana projek tebatan banjir tidak memerlukan kepakaran yang tinggi dan khusus.
- Mengapakah Tuan Ibrahim tidak berkata benar dalam membuat kenyataan mengenai SST yang sudah ditandatangani?
- Apa hubungan (sekiranya ada) antara Tuan Ibrahim dan syarikat Mangkubumi Sdn Bhd?
- Syarikat berkenaan pernah didakwa di mahkamah, tetapi masih diberi kepercayaan mendapatkan kontrak runding gerus yang bernilai berbilion ringgit.
Baca di sini:
Genbina Sdn Bhd VS Mangkubumi Sdn Bhd (2021)
Isu ini dibangkitkan oleh perdana menteri, maka sekiranya Tuan Ibrahim merasakan beliau berada di pihak yang benar maka berikan ruang untuk pihak berkuasa membuat siasatan.
Dan sekiranya terbukti ada salah laku dalam pemberian projek tersebut, maka Tuan Ibrahim mesti bersedia untuk menganggotai kluster mahkamah.
Isu Projek Tebatan Banjir: Tuan Ibrahim Perlu Jawab Pendedahan Sabahkini
Di Syorkan Untuk Anda:
- Anwar Mesti Kurangkan Bercakap, Sekarang Masa Untuk Bekerja
- Kini DUN Melaka Hanya Mempunyai 2 Wakil Pembangkang
- Barah Sebenar Dalam UMNO