EPL: Chelsea ikrar pulih reputasi

EPL: Chelsea ikrar pulih reputasi

EPL: Chelsea ikrar pulih reputasi
CHELSEA berdepan dua kekalahan dan meraih hanya satu kemenangan dalam empat perlawanan yang dilalui musim ini. – AFP

LONDON – Pengendali Chelsea, Mauricio Pochettino mahu pasukan menjadikan aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Bournemouth sebagai medan kebangkitan selepas mengalami kemelut prestasi awal musim ini.

Sebagai rekod, skuad The Blues hanya mampu mengutip empat mata selepas mengharungi empat perlawanan dengan merekodkan dua kekalahan termasuk tewas kepada Nottingham Forest bulan lalu.

Kata Pochettino, tempoh cuti rehat selama dua minggu telah digunakan sebaiknya oleh pasukan dalam memantapkan lagi aspek taktikal sekali gus memburu tiga mata berharga ketika menentang The Cherries nanti.



“Secara jujur, saya suka melihat corak permainan sejak mengendalikan pasukan ini dua bulan lalu. Ia adalah petanda positif walaupun kutipan mata yang kita raih tidak seperti yang diharapkan.

“Namun, saya yakin masih ada ruang untuk diperbaiki dan saya mahu pemain lebih kompetitif di atas padang selain memastikan setiap peluang yang diraih dapat disudahkan dengan gol kerana itulah kelemahan utama pasukan musim ini,” katanya.

Sementara itu, Pochettino mengesahkan pemain tengah baharu, Romeo Lavia mengalami kecederaan serius dan terpaksa diketepikan sementara kapten pasukan, Recce James hampir pasti kembali diserapkan dalam kesebelasan utama.

“Lavia mengalami kecederaan agak serius pada sesi latihan dan mungkin dia terpaksa berehat panjang. Cuma, James telah memberikan sedikit khabar gembira buat kami kerana dia boleh bersama pasukan dalam masa terdekat,” katanya. – AGENSI



EPL: Chelsea ikrar pulih reputasi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

4 negeri PAS  buat persiapan sambut “Imam Mahathir”

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button