Anggota polis maut digilis kenderaan
Anggota polis maut digilis kenderaan
PUTRAJAYA: Seorang anggota polis maut selepas digilis sebuah kenderaan di Kilometer 37.7 Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE) menghala ke utara, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, Amirul Faiz Mohammad Ali berusia, 31, yang bertugas di Istana Negara disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan dari Melaka menghala ke Jalan Duta.
“Motosikal jenis SYM ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan terlanggar besi penghadang jalan, sebelum mangsa terjatuh di atas jalan di lorong paling kanan.
“Secara tiba-tiba datang sebuah kenderaan yang masih belum dikenal pasti menggilis mangsa. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.
4 maut, lebih 40 cedera dalam nahas bas di utara Thailand
Anggota polis maut digilis kenderaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah PPBM sedang dilanda konflik dalaman?
- Zeti tidak pernah ‘masak sup’, hanya ‘hirup sup’.
- Semakan kehakiman kes Datuk Seri Najib patut dibuat secara langsung.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
SPRM perlu soal siasat doktor beri Cuti sakit kepada Zeti , sama seperti siasat Rosmah.