Tanah runtuh: 100 orang dikhuatiri tertimbus di Batang Kali

Tanah runtuh: 100 orang dikhuatiri tertimbus di Batang Kali

Tanah runtuh: 100 orang dikhuatiri tertimbus di Batang Kali
Pasukan Bomba sedang mencari dan menyelamat 100 orang yang berada di tapak perkhemahan di Father Organic Farm, Gohtong Jaya, di Genting Highland, Pahang, dipercayai menjadi mangsa runtuhan tanah runtuh berketinggian 30 meter, awal pagi ini. – Foto Twitter BERNAMA

HULU SELANGOR: Dianggarkan seramai 100 orang dikhuatiri menjadi mangsa kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan berhampiran Father Organic Farm, di sini, awal pagi hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.24 pagi.

Beliau berkata, sepasukan 20 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Rawang dan Genting dikejarkan ke lokasi kejadian.



“Berdasarkan laporan awal, kejadian tanah runtuh yang berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm menghempap sebuah tapak perkhemahan.

“Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan satu ekar (0.4 hektar),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Norazam berkata, maklumat daripada pasukan perubatan mendapati seramai 31 mangsa berjaya ditemukan dan berada dalam keadaan selamat.

“Turut digerakkan ke lokasi kejadian adalah Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM),” katanya.



SPRM perlu soal siasat doktor beri Cuti sakit kepada Zeti , sama seperti siasat Rosmah.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM perlu soal siasat doktor beri Cuti sakit kepada Zeti , sama seperti siasat Rosmah.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button