Puteri Sulung Raja Thailand bergantung kepada alat bantuan pernafasan

Puteri Sulung Raja Thailand bergantung kepada alat bantuan pernafasan

Puteri Sulung Raja Thailand bergantung kepada alat bantuan pernafasan

BANGKOK: Puteri sulung Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn dilaporkan bergantung kepada alat bantuan pernafasan selepas dimasukkan ke hospital akibat mengalami masalah jantung kelmarin.

Menurut kenyataan Royal Household Bureau, Puteri Narendira Debyavati Bajrakitiyabha, 44, sedang melatih anjingnya menjelang acara Working Dog Championship Thailand anjuran tentera Diraja Thailand.



Puteri Bajrakitiyabha tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri ketika sedang berlari semasa sesi latihan itu di Taman Negara Khao Yai di wilayah Nakhon Ratchasima di tengah Thailand.

Puteri itu dilaporkan diterbangkan dari Hospital Pack Chong Nana ke Hospital Memorial King Chulalongkorn di Bangkok awal pagi semalam.

Raja Maha Vajiralongkorn bergegas ke hospital menaiki helikopter tentera untuk berada di sisi anaknya selepas menerima berita tersebut.

Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha turut pulang awal dari perjalanan ke luar negara berikutan insiden itu.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Pakar diraja Thailand, Andrew MacGregor Marshall berkata, Resusitasi kardiopulmonari (CPR) dilakukan ke atas Puteri Bajrakitiyabha sebelum diterbangkan ke hospital di Bangkok.

Penduduk di Bangkok dilaporkan turut melihat tiga helikopter tentera salah satunya membawa Puteri Bajrakitiyabha pulang ke ibu negara Thailand dari arah Khao Yai.

Berita tentang Puteri Bajrakitiyabha belum mendapat liputan meluas di Thailand kerana menghormati institusi diraja.

Puteri Bajrakitiyabha merupakan antara tiga anakanda Raja Maha Vajiralongkorn yang memiliki gelaran rasmi dan beliau adalah barisan yang layak menaiki takhta berdasarkan Perlembagaan negara dan Undang-Undang Pewarisan Istana 1924.-AGENSI



WHO beri amaran jangan bergantung kepada vaksin

Puteri Sulung Raja Thailand bergantung kepada alat bantuan pernafasan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button