Kem renang ‘sendu’ lagi

Foto Bernama

Phnom Penh: Kem renang negara terus sendu selepas membawa pulang satu pingat gangsa pada hari kedua sukan akuatik dipertandingkan di Pusat Akuatik Nasional Kompleks Sukan Morodok Techno, sebentar tadi.

Dibarisi perenang muda, wakil negara dilihat bergelut untuk bersaing dengan perenang lain terutamanya dari Singapura, Indonesia, Filipina dan Indonesia.

Pingat gangsa milik negara hadir menerusi acara 4×200 meter (m) gaya bebas lelaki berganti-ganti yang dibarisi Khiew Hoe Yean, Arvin Singh, Tan khai Xin dan Lim Yin Chuen menerusi catatan masa 7 minit 21.55 saat (s).

Malaysia yang pada satu ketika berada dihadapan terpaksa akur kehebatan perenang Vietnam selepas melakukan pecutan terakhir untuk memotong dua pesaing lain sekali gus membawa pulang emas dengan catatan masa 7 minit 18s manakala perak pula milik Singapura (7:21s).

Hoe Yean berkata, pingat gangsa itu boleh dikatakan mengubati kedukaan kem renang negara pulang dengan tangan kosong pada hari kedua sukan terbabit dipertandingkan.

“Aksi yang baik pada hari ini kerana kami baru saja digandingkan dalam acara 4×200 m. Masa yang dicatatkan itu juga memuaskan sekali gus mampu mencipta keputusan positif pada penampilan akan datang,” katanya.

Sementara itu, pada aksi final lain pula seperti 50 meter (m) kuak lentang individu lelaki menyaksikan Arvin berada di kedudukan terakhir manakala Bryan Leong Xin Ren yang diletakkan harapan untuk merangkul pingat dalam acara 50m gaya bebas individu lelaki namun mengakhiri saingan ditempat keempat.

Nasib sama turut menghantui perenang wanita negara apabila chong Xin Lin yang dilihat berpotensi turut ‘lemas’ apabila menamatkan 50m kuak lentang individu di tempat kelima manakala Kelly Teo Yao bersaing dalam kategori 200m gaya bebas individu di kedudukan ketujuh.

Tiga lagi perenang wanita negara iaitu Andrew Goh Zheng Yen dan Hii Puong Wei masing-masing menamatkan perlumbaan dikedudukan kelima dan kelapan manakala Tan Rouxin yang bersaing untuk acara 200m rampaian individu di tempat terakhir.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker