Mohamad Hasan dijangka kekal sebagai Timbalan Presiden

 

 

Sama ada UMNO akan pertanding atau tidak dua jawatan tertinggi nya, itu untuk diputuskan kemudian oleh UMNO sendiri.

Namun, satu perkara hampir sahih dari sumber kami terima, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan dijangka akan kekal sebagai Presiden UMNO.

Ini atas sebab beberapa perkara dan perkembangan terkini yang terjadi.

Atas sebab Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan pertahankan kedudukan sebagai Presiden , maka pendirian “status quo” bakal di ambil oleh Tok Mat Hassan.

Pada pemilihan kali ini , jika diadakan , kedua dua nya DAZH dan Tok Mat Hassan harus berganding bahu sebagai “Tag Team”.

Jika kedua nya tidak berada didalam satu ‘cai’ maka , boleh dianggap kedua nya akan dilanggar oleh “tag team” dari “Kluster Broker” yang dipercayai memiliki dana yang banyak untuk ditaburkan ditambah lagi dengan bantuan pihak luar yang berkepentingan.

Sehingga kini belum dipastikan sama ada , ada calon ‘lone wolf” akan mencabar kedudukan Presiden dan Timbalan , atau Tok Mat Hassan sendiri  mahukan jawatan Presiden.

Namun, dari sebelah sana pula sudah ada beberapa nama yang berpotensi akan mencabar kedudukan Presiden.

Nama nama berkisar dari Khairy Jamaluddin atau pun Ismail Sabri.

Ada juga laporan menyatakan Hishamuddin Hussien sekadar mahu membantu memenangkan calon yang berhadapan dengan Zahid Hamidi dan Hishamuddin sendiri tiada cukup keberanian untuk berhadapan “man-to-man” dengan Zahid.

Ini kerana banyak juga pihak sudah sedia banyak isu untuk disebarkan jika Hishamuddin umum bertanding jawatan Presiden.

Selain itu, ada juga pihak penganalisa politik menyatakan bahawa Ismail Sabri juga akan lalui jalan sukar jika mencalonkan diri untuk jawatan Presiden kerana terlalu banyak isu dan pembuktian Ismail Sabri sekadar “puppet” Muhyiddin Ketika menjadi Perdana Menteri.

Maka, Kembali kepada isu diatas, jika didalam situasi terkini , dengan ancaman pihak luar yang mahu ambil alih kepimpinan UMNO menggunakan calon proksi, maka amat wajar Tok Mat Hassan kekal di kerusi Timbalan Presiden UMNO dan berganding berpasangan dengan Presiden UMNO terlebih dulu.

Ini kerana UMNO baru sahaja menjadi sebahagian kerajaan yang memerintah , tidak seperti sebelum ini dimana UMNO sekadar ‘hamba’ kepada parti Bersatu dalam Perikatan Nasional walau pun Perdana Menteri nya orang UMNO.

Sebelum PRU16 ada satu pemilihan UMNO , maka mungkin waktu itu lah paling sesuai untuk menukar Presiden UMNO.

Apa pun , pandangan dan pendapat akan sekadar pandangan dan pendapat sahaja.

Ia tetap jatuh kepada pendirian Tok Mat Hassan juga yang mungkn lebih tahu situasi yang ahli biasa dan penganalisa tidak tahu.

Mungkin sumber dan maklumat yang Tok Mat Hassan sendiri terma ada lah lebih baik dan tepat untuk beliau sendiri membuat penilaian.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker