Calon popular Ketua Pemuda Umno

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Calon popular Ketua Pemuda Umno

Selain jawatan tertinggi Umno, jawatan Ketua Pemuda Umno turut menarik perhatian ramai pemerhati serta penganalisa politik tanahair.

Beberapa nama yang agak popular semakin mendapat publisiti sebagai pertaruhan untuk dipilih perwakilan bagi membawa nafas baru dalam kepimpinan Pemuda Umno itu sendiri.

Imbau semula senarai nama Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sejak penubuhan parti.

Calon popular Ketua Pemuda Umno

KETUA-KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO

  1. Tun Hussein Onn (1949 – 1951)
  2. Tun Abdul Razak (1951)
  3. Tun Sardon Jubir (1951 – 1964)
  4. Datuk Senu Abdul Rahman (1964 – 1971)
  5. Datuk Harun Idris (1971 – 1976)
  6. Tan Sri Syed Jaafar Albar (1976 – 1977)
  7. Datuk Hj. Suhaimi Kamaruddin (1977 – 1982)
  8. Datuk Seri Anwar Ibrahim (1982 – 1987)
  9. Datuk Sri Najib Razak (1987 – 1993)
  10. Tan Sri Rahim Tamby Chik (1993 – 1994)
  11. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (1994 – 1999)
  12. Dato Sri Hishamuddin Hussein (1999 – 2008)
  13. Khairy Jamaluddin (2008 – 2018 )
  14. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki (2018 – Kini)

SENARAI CALON POPULAR KETUA PEMUDA UMNO

  1. Arman Azha
  2. Shahril Hamdan
  3. Akmal Salleh
  4. Onn Hafiz
  5. Shahar Abdullah
  6. Asyraf Wajdi

Calon popular Ketua Pemuda Umno

Untuk menggepalai sayap utama Umno, bukanlah tugas yang enteng dan boleh diambil mudah. Ini kerana, Pemuda Umno perlu menjadi platform yang disegani kawan dan lawan.

Perlu tegas dan berani membawa suara yang lebih kritis untuk kepentingan parti dan bukan demi ‘tembolok’ atau ‘tawkey’ yang memberi laba kepada mereka.

Kepentingan menyuarakan suara rakyat melebihi dari kepentingan diri dan ini perlu difahami setiap calon yang sedang menimbang untuk merebut jawatan Ketua Pemuda Umno.

Retorik murahan serta sikap menjadi ‘pelacur poltik’ perlu dihentikan mana-mana individu yang mahu tampil sebagai seorang Ketua Pemuda.

Sikap inklusif seorang Ketua Pemuda juga perlu ditampilkan setiap masa, bukan hanya ketika mahu meraih sokongan sahaja mudah didekati.

Seringkali berlaku, sikap merendah diri hanya lakonan untuk mendapat undi dan belang sebenar timbul selepas mendapat kehendak diri.

Menjadi seorang Ketua Pemuda juga perlu bersedia dikritik dan mampu menahan diri dari menjadi ‘BIADAP’ terhadap Institusi Umno itu sendiri.

Setakat hari ini masih belum ada kalangan Ketua Pemuda Negeri, Bahagian menawarkan diri sebagai calon Ketua Pemuda pada pemilihan. 

Mungkin masih ‘malu-malu kucing’ atau senarai ‘papan cai’ belum dimuktamadkan lagi kerana menanti senarai nama calon Presiden Umno.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker