Sembilan mangsa tanah runtuh masuk hari ke-3

BATANG KALI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki sembilan mangsa bencana tanah runtuh di tapak

perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, di sini masuk hari ketiga, hari ini.

Operasi SAR dilaksanakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM).



Setakat jam 10 pagi ini, semua petugas SAR meneruskan usaha mencari lagi mangsa yang masih belum ditemui.

Dalam tragedi 2.42 pagi Jumaat, berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan itu yang terletak di Gohtong Jaya.

Seramai 94 mangsa terbabit dalam insiden itu dan daripada jumlah itu, 61 dilaporkan selamat manakala 24 lagi disahkan terkorban dan sembilan masih hilang.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading