Mayat ke-16 selesai dibedah siasat

SUNGAI BULOH: Mayat ke-16 korban tragedi tanah runtuh Batang Kali selesai dibedah siasat di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh (HSB).

Mayat mangsa dipercayai dewasa dibawa keluar menaiki kenderaan Pusat Peringatan Nirvana, dipercayai untuk upacara keagamaan selanjutnya. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan identiti mangsa berkenaan yang mayatnya dibawa keluar sekitar jam 10.25 pagi tadi.

Sekitar jam 10.30 pagi, sebuah lagi van dimiliki pusat krematorium sama memasuki kawasan Jabatan Forensik. Difahamkan setakat ini, terdapat lapan lagi mayat masih dalam proses bedah siasat dan menunggu dituntut waris.



Keseluruhan 24 mangsa yang meninggal dunia akibat tragedi tanah runtuh awal pagi Jumaat lalu, dihantar ke Jabatan Forensik HSB, setakat semalam.

Petugas media yang menunggu di pekarangan jabatan berkenaan tidak dimaklumkan oleh pihak HSB sebarang maklumat terkini membabitkan mayat mangsa yang dibawa ke hospital terbabit.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading